Monday, September 3, 2012
Thursday, July 12, 2012
Imran is one!
Alhamdulillah on 9th of July 2012 he turns one! A year wiser InsyaAllah.
Wednesday, June 13, 2012
Latest update about them.
Hai anak2 mama. Sorry la dah lama x update since last entry. Ok mari kita bercerita tentang perkembangan anak2 mama sehingga ke hari ini.
Alhamdulillah Maryam akan mencecah usia 4 tahun Julai ini. Begitu juga Yusuf. Julai juga bulan kelahiran Yusuf. Sedar tak sedar Yusuf bakal mencecah angka 1 tahun. Syukur pada Allah. Kakak dan adik keduanya sihat dan membesar dengan penuh kasih sayang. Keduanya peneman setia mama.
Oh kakak doing great kat sekolah. Simple words kakak dah boleh baca di semester pertama persekolahan. Mmg berkesan teknik phonics yg cikgu2 terapkan. Rasa bangga dengan pencapaian kakak setakat ni. Berbaloi mama peruntukkan sebahagian wang utk pendidikan kakak. Cuma kita sedikit penat travelling bangsar-putrajaya.
Yusuf sudah berjalan. Memanjat juga. Sungguh memeningkan kepala semua. Sungguh lasak budaknya. Mmg begitu lelaki sekali. Oh dan dia masih fully breastfeed! Syukur2. Dia juga suka makan, seperti papanya. Hihihi. Gigi masih 2 dibawah dan sudah 4 di atas.
Emm apalagi ye? Itu saja yang ingat. Nanti mama update lagi k. Sayang anak2 mama.
Thursday, January 26, 2012
Update on Imran :)
Ok ini gambar anak mama meniarap. Seperti kakak Imran meniarap di usia 4 bulan 4 hari. Syabas anakku. Cepat aje anak mama dah 4 bulan. Alhamdulillah 1st time meniarap mama sebagai saksinya. Syukur mama berpeluang menyaksikannya. :) Nanti mama update videonya k.
Ni plak gambar anak mama berkombat, penat mama mengutip adik tau. Cuma nasib baik adik tak laju mengombat macam kakak dulu, kakak dulu laju gila, adik ni mungkin sebab adik berat, hehehehehe. Mama tak ingat dari adik boleh meniarap tu bila adik mula mengombat. Hmmm sebulan pastu la agaknya. Video terdelete la plak.
Pastu start adik 6 bulan setengah adik dah berkaki 4 begini. Pastu Goyang2 punggung. Adik belum dapat bergerak ke depan lagi. Semalam adik dah angkat2 tangan. Ok usaha lagi ok. Pasni takyah kombat lagi, merangkak aje terus.
Oh tapi pastu adik terus nak blaja duduk plak. Apa la adik ni belum merangkak nak buat task lain plak. Tapi suka hati adik la kan. Tapi progress adik memang lebih cepat dari akak. Harap adik berjalan cepat juga supaya mama penat kejar pulak. Hohohohoho...
Dan paling best masa adik 6 bulan jek mama terperasan gigi adik dah keluar!!!!!!!!! Hohohoho ini adalah 2 bulan dahulu dari kakak. Kakak dulu keluar gigi masa 8 bulan n siap demam panas. Adik selamba aje. Alhamdulillah. 2 batang gigi bawah dah muncul dah. Tapi mama risau sebenarnya sebab adik masih fully breastfeed. Mama berdoa agar adik tak gigit mama dan mama berjaya menyusukan adik sehingga 2 tahun.Tuesday, January 17, 2012
MJ @ Alif Ceria Precint 16 D Putrajaya
Ini kakak lepas seminggu kat sekolah. Ceria n seronok kat sekolah. Hari2 pun tanya sekolah ke tak even on weekend. Sabar ajelah mama. Harap2 Maryam akan terus mencintai sekolah n sekolah rajin2 ye kakak.
Oh ini BFF kakak! Zaraa namanya. Sangat comel dan lebih banyak mulut dari Maryam. Yang kagumnya beg Zaraa sama dengan Maryam! heheheheh bukan itu aje, masa birthday drg yang kedua mereka pakai dress yang sama! Sedangkan mereka baru saja berjumpa. InsyaAllah mereka akan jadi BFF dan harap mama juga dapat kawan dengan mama Zaraa forever. Seronok jumpa mama yang juga excited and commited dengan anak yang baru masuk preschool. Hahahah mengalahkan anak nak masuk U perasaan itu.
Oh ini kakak otw g school. Sebab kita travel from Bangsar to Putrajaya makanya mama kena jaga mood kakak. Hari pertama n sampai seminggu mama kasi kakak tgk cerita pilihan kakak kat youtube sepanjang perjalanan. Nasib baik la internet connection sepanjang mex highway adalah terbaeeekkkk.
Dan ini tagline Alif Ceria - Let kids be kids. Which i like! Penting ye untuk kanak2 jadi kanak. Heheheh walaupun mama kadang2 terlebih layan kakak macam remaja. Hihihihi.
Dan ini hari pertama di sekolah. Sebab kakak belum dapat uniform maka mama pakaikan kakak baju kurung saja, supaya kakak nampak cute n sedikit formal. Masa ni dah cabut tudung dah. Alhamdulillah kakak behave sangat2. Kakak tak pot pet pun, kakak senyap n tersipu2 malu aje.Tuesday, December 13, 2011
Maryam @ openday Alifceria Putrajaya (Precint 16)
Imran @ 4.5 Months
Thursday, October 6, 2011
~ Yusuf's Properties ~



Wednesday, September 21, 2011
Yusuf Imran - 2nd Check-Up @ 2 1/2 Months
Friday, September 16, 2011
Yusuf Imran @ 45 days

Saturday, August 6, 2011
~ Yang Kacak Budi Bahasa ~
~ Maryam bertemu Yusuf ~
Wednesday, January 12, 2011
Maryam 2011...
Ini adalah gambar terbaru MJ, baru aje pagi ni. Saje pakaikan dia baju kurung, takde maknenye terkenan Anna pali ke apa ker, cuma nak cuba baju yang dia belum pakai. baju ni Ateh Masitah yang sponser, buat masa raya aritu tapi yam belum berkesempatan pakai. Kebetulan pagi ni sempat mandikan yam, maka mama sarungkan baju ini dengan memuji2 sedikit kerana takut yam tak mahu pakai. Tapi memang comel kan mj mama ni. Ateh masitah lain kali ponser lagi tau, baju yam dah tak muat dah.Ok lihatlah senyuman manis anak gadis saya ini. Hehehehe mulutnya juga manis, suka cakap manis2 lebih2 lagi kalau kita buat sesuatu yang bagus untuk dia. Contohnya kalau mama bagi dia tengok kartun mr.bean n upin ipin yam akan ucapkan terima kasih dengan nada manja. Buatlah apa2 saja yang bisa terharukan dirinya, dia akan mengekpresikan hati dia dengan perkataan2 yang manis. Huhuhuhu juz wonder macam saper la agaknya.
Wiken lepas mama bawa yam pergi opis, ada abang opis ni usik yam. Yam tak suka n tarik muncung.
"Uncle ada anak juga, nanti boleh tak yam jaga baby uncle?", kata uncle.
"Tak boleh", yam membantah dengan sedikit keras n jelingan tajam.
"Kenapa pulak tak boleh?", mama cuba bertanya.
"Yelah nanti kalau yam pegang baby uncle, macam mana yam nak pegang baby yam?", yam masih panas.
"Baby yam? Baby yam mana?", mama tanya lagi.
"Dalam perut mama lah!", kali ni yam memang jawab dengan bengang.
Hahahahaha aku ngan abang tadi gelak ajelah. Abang tu kata pandai sungguh yam bercakap sedangkan abang tu punya anak sama umur tapi tak petah lagi cakapnya. Alhamdulillah senang nak layan sebab dah paham yam cakap n dia dah pandai tunjuk emosi. Tapi serius nenek pun selalu suruh yam diam. Dia boleh menceceh seharian. Pening tau.
Oklah update lagi lain hari. Daaaa...
Thursday, January 6, 2011
MJ secara rasminya sudah berhenti babu....
Alhamdulillah plan mama untuk mengandung lagi dan berhentikan MJ babu berjalan lancar. Syukur sangat. Tapi Maryam dah kata adik kuar nanti dia nak babu sama adik. Kekekekeke...
Sekarang Maryam minum susu gajah, hohohohohohoh iaitu susu friso. Enfagrow, mamil n dumex or sustagen tak boleh, yam sembelit. Friso ok2 ajelah. Kuat juga dia menyusu sekarang. Tgk tv mesti nak babu, rancangan feveret upin ipin n mr bean. Tapi syukurlah dia sudah ok membotol.
Semoga adik Maryam juga dapat babu sehingga 2 tahun. InsyaAllah! :)
Thursday, December 30, 2010
MJ sudah 2 tahun 5 bulan...
Nampaknya hari ni dah genap usia MJ 2 tahun 5 bulan.
MJ pun lagi 6 bulan nak menimang adik, Alhamdulillah. Nampaknya MJ teruja, namun mama teruji dgn mabuk2 ini. Alhamdulillah MJ tak banyak kerenah dan dah banyak berdikari.
MJ sudah lama petah bercakap, penggunaan perkataannya sudah semakin luas. Walau kebanyakkan ayat dicedok dari apa yang didengarnya setiap hari, namun dia menggunakannya di tempat dan situasi yang betul. Syukur.
Oh MJ pun dah pandai tak pakai pampers, adalah sebulan dah kot. Tapi malam tido n nak g jalan2 kami pakaikan juga lagi. Hohohoohoh mama malas la nak bangun malam, lagipun mama tak rasa Maryam akan bangun bila rasa nak kencing. Hahahahha. Maryam pun pandai basuh sendiri tapi tak perfect lagi, mama rasa mcm tak bersih wlpn dia siap pakai sabun sbb nenek suruh. Tapi mama dah kata tak boleh sabun anu sbb tak elok. Sekali bila nenek suruh dia sabun dia selamba sound nenek 'mama kata tak boleh sabun!'...hahahahhahah...
Oh MJ dah pandai tulis huruf 'A'. Tapi huruf 'A'nya seperti Hantu Kak Limah. Hahahhahahaha...
Masih sedaya upaya mencari masa untuk mengajar Maryam. Wish I have more time for her.
Ok janji mama update lagi nanti! Daaaa....
Monday, September 6, 2010
MJ berhenti babuuuuu...
Maryam kata nak babuyam kalau nak botol dan nak babumama kalau nak breastfeed. Sweet sangat. Kalau mama kata mama sakit n babu darah Maryam akan mintak 'nak entel aje'...so sambil gentel dia isap susu botol. Ya Allah terima kasih kerana memudahkan semuanya bila sudah tiba masa yang mama sudah setkan untuk pemberhentian penyusuan ini. Moga di kelahiran seterusnya Kau permudahkan lagi Ya Allah. Syukran.
Thursday, July 29, 2010
Alhamdulillah...you are 2!
Inilah anak mama di usia 2 tahun. Bercakap sampai mama n nenek selalu suruh diam. Nenek panggil Maryam budak becok. Hahahahaha memang becok pun, yelah tengok la saper belah mulut dia dulu kan, dengan lidah lekuk tu lagi. 2 tahun pun mama dah pening harap2 bersopan santunlah anak mama n pandailah menjaga adab kewanitaan apabila meningkat dewasa kelak.
Buat anak mama yang tidak ternilai harganya ~ Selamat Ulangtahun ke-2 sayang! Mama sangat bangga jadi mama kepada kamu, setiap masa bersama kamu tiada siapa boleh menterjemah betapa mama menghargai dan mendakap saat2 itu. Mama berdoa moga Allah SWT memberikan kesihatan dan kecerdasan terbaik buat Maryam. Moga juga kita ada masa yang panjang bersama kerana mama tak terbayangkan bagaimana dunia mama tanpa Maryam. Luv u so much manja! Muahssssss...






























