...My Prince Charming...

Lilypie First Birthday tickers

...Miss MJ...

Lilypie Fourth Birthday tickers
Showing posts with label Santai MJ. Show all posts
Showing posts with label Santai MJ. Show all posts

Saturday, April 3, 2010

MJ's friends

Kita selalu melepak dengan kawan2 papa yang mana isteri2 kawan papa ini juga rapat dengan mama. Yang bestnya 2 orang kawan papa ini juga ada anak sebaya awak. Jadi selain papa dan mama seronok berjimba-jimba bersama kawan2 awak juga apalah kurangnya. Heheheheh...

Bukan aksi montot tapi dari gambar ini lihatlah kenakalan awak dan Rayyan Mukhriz yang mudanya lebih kurang 4 bulan dari awak. Mula2 Rayyan menonggeng begitu dan tiba2 saja awak join sekaki. Gaya ini sudah menceritakan betapa awak berdua nakal enjoy bermain.

Dan inilah rupa kawan awak - si pemilik montot seksi yang bernama Rayyan Mukhriz. Si cembeng muncung labi2 yang paling menyampah digomol mama. Hehehehe...

Dan yang tengah isi minyak ini ialah Chempaka Iman yang awak suka panggil "Cem, Cem". Budaknya cool saje dan memang "ada aku kesah" punya budak - juga muda 3 1/2 bulan dari awak. Mama marah dia sama dengan mama marah awak yang boleh buat awak menangis bergelen airmata pun dia buat tak kisah je kat mama, siap leh gelak lagi. Takpe mama akan berusaha nangiskan dia juga.


Ok ini antara kawan yang awak selalu jumpa dan lepak bersama. Nanti mama update lagi teman2 awak yang lain ok.


"Nanti kita lepak lagi nak tak yam?"

Dan dengan lajunya awak angguk. Haih memang anak mama!

Sunday, February 7, 2010

Etok-etok Eyyo...

Ok anak mama kene pusing kepala sikit nak tengok video ni. Ini petang tadi lepas kita balik kenduri kawin. Skarang anak mama suka nak makan telur rebus, sebenarnya lebih teruja nak kupas kulitnya aje. Dah pandai ketuk n kopek kulit sendiri dan kemudiannya bersepahlah rumah mama. Rupanya tisu tu yam nak buat lapik alas buang kulit telur. Very gud girl la you. Tapi lepas tu yam kene la ngan mama sebab yam tak makan banyak pun, bersepah saja yang lebih.

Saturday, February 6, 2010

Maryam buat apa hari ini?

Hai anak mama. Mari mama update apa yang Maryam buat hari ini dan semalam. Hmmmm Maryam tengoklah sendiri gambar2 Maryam ni ok.

Ini bukan senaman ringkas ye. Inilah aktiviti Maryam yang menyejukkan hati mama dan papa. Nampak kaki mama tu? Hahahaha tu mama tengah iron baju nak pergi kenduri kahwin, anak mama dah siap berbaju kurung, tiba2 anak mama datang amik anak tudung n tarik sejadah dan terus sujud, sujud syukur agaknya. Lalu mama panggil papa dan papa snap gambar ini. Selalu memang Maryam akan sujud kat sejadah mama masa mama solat. Takpe la Maryam baru nak belajar, pelan2 ok.
Hahaha bukanlah mama dera Maryam. Mama tahu Maryam dah lama perhati mama iron baju, Maryam tunggu masa je nak test iron mama tu. Akhirnya semalam mama tengok Maryam panjat katil n amik iron lalu buat cam iron baju. Baguslah Yam, kang tak la mama susah2 iron baju, leh suh Yam aje ironkan.

Oh ini Maryam n Cik Pai masa kita pergi mid pagi tadi, pergi jalan kaki jek, kereta mama ada problem lak. Maryam sangat enjoy bersama Cik pai. Kita teman papa beli kasut pastu mama bawak Yam pergi Pets Wonderland tengok binatang. Kita pergi cuci2 mata je, mama ingat nak shopping tapi tak sempat papa ada meeting plak. Takpelah lain kali kita jalan lagi. Oh gambar Yam duduk tu, Yam tunjuk Pets Wonderland dengan muka sangat teruja!

Oh malamnya pula ada majlis resepsi anak kawan nenek Yam, nenek masak ngan Tuk Ndak jadi kita pun pergilah memeriahkan majlis. Mula Yam pakai baju kurung tapi sebab mama tengok Yam lemas jek mama tukarkan baju ni, skali turun bawah yam menari2 atas pelamin pengantin pastu siap jadi flowergirl plak. Belasah ajelah Maryam. Lastnya pukul sebelas baru naik rumah kita tidur. Oh dah terlebih masa tu sayang, biasa awak kul 9 dah tidur, tuk malam ini saja ok-awak tahu mama sangat pentingkan masa tidur dan susu awak.
Oklah esok kita beraktiviti lagi ok. Kalau mama rajin kita pergi swimming. Ok nanti mama sambung lagi ok. Bye!

Monday, January 25, 2010

Mari melawat Zoo Negara

Yeay! Mama dan papa telah berjaya menyempurnakan aktiviti ke Zoo Negara bersama Maryam. Oh tapi bukan kita saja, Mak Ngah, Cik Zetti, Cik Tasha dan Cik Fikri pun turut serta. Oh sayang sekali Cik Pai kesayangan Maryam tiba2 tak mahu pergi kerana dah boring ke Zoo katanya-kuikuikui padahal dia bad mud sebab kene bangun kul 8 pagi. Apalah Cik Pai ni. Baiklah sambil mama cerita-ceriti perjalanan hari tersebut mari kita tengok gambar2 seperti di bawah. Oh kita pergi pada pagi Ahad-24 Januari 2010 - kita plan last minute sebab kebetulan papa dapat cuti, hahahah seperti biasa mama apa lagi mestilah mengisi cuti papa dengan aktiviti2 berfaedah dan bermanfaat untuk semua. Ok mari2 kita melihat gambar pula.

Heheheh inilah antara gambar perasan model rama2 mama dan Maryam. Huhuhu gila takut anak mama dengan rama2 yang dah nyawa2 ikan tu. Tapi anak mama sangat enjoy kat taman rama2 nih. Oh ye kawan2 Zoo Negara dah tambah 2 taman baru iaitu taman rama2 dan taman serangga tapi perlu bayar lebih untuk masuk ke taman2 ini.
Ini antara muka2 glamer hari tersebut. Kikikiki mama macam wanita mengandung pula nampaknya. Yam pula sangat berminat nak jolok2 rama2 yang ada.

Hahahaha ini muka macho Cik Fikri bersama binatang2 peliharaan zoo. Padahal muka Fikri sangatlah pucat ok masa bersama ular tu. Yang dengan burung tu okeylah. Yelah burung ok!
Maryam memang suka Cik Zetti, nak berkepit jek, oh mama suka gambar yam ngan cik zetti kat gambar atas nih, comel jek.

Hehehhehe inilah famili kita. Muka mama gembira sebab dapat pergi Zoo dengan dibelanja oleh papa. Maryam muka poyo sebab kena pakai topi. Hahahahaha...mesti pakai kan kalau hari panas. Oh papa nganga kat atas tu sebab nak test rahang papa sama besar tak ngan hippo yam tengok tadi. Cis sungguh papa ni...

Ni antara gambar ngan binatang peliharaan zoo. Yam cium harimau ok!

Oh ini gambar2 gila glamer yang sempat diambil.
So kawan2 kami sangat enjoy di zoo dan sedikit penat. Alhamdulillah hari cerah jadi dapatlah berjalan tanpa halangan. Kami tak naik pun keretapi yang kat dalam tu, rasa membazir pula nak naik jadi kami jalan saja sampai cik fikri merungut penat. Apalah cik fikri ni, yam ok jek siap bleh lari2 lagi.
Oh ye masuk zoo rasanya dah naik harga, last 2 years masa mama pergi masih RM15 tapi kini harganya seperti berikut :-
RM20 - Dewasa dan RM6 - Kanak2 (tidak termasuk taman rama2 dan serangga)
RM25 - Dewasa dan RM9 -Kanak2 (Termasuk taman rama2 dan serangga)
Kanak2 di bawah umur 3 tahun masuk adalah percuma - La Maryam percuma la mama!
Keretapi tu plak naik adalah RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak2.
Tips dari kami untuk anda yang nak ke Zoo Negara:-
a) Mesti pakai pakaian yang selesa dan paling penting kasut atau sandal mestilah amat2 selesa
b) Bawa air minum banyak2 - kalau nak air minuman sentiasa sejuk bawalah air mineral beku dari rumah - percayalah ia amat nyaman.
c) Boleh berkelah ok. Jadi bawalah makanan dan bekal dari rumah, jangan lupa tikar boleh buat duduk2 sambil makan. Oh ye kami bawak bekal nenek yam masak, terima kasih nenek!
d) Oh jangan lupa stroller! Kalau anak tak mahu duduk boleh jadi troli barang. Hahahaha...
e) Pergilah di waktu pagi sebab nanti dah panas tak selesa sangat nak berjalan. Oh Zoo buka jam 9 pagi ye.
f) Pergi ramai2 sangat ok dan enjoy. Hahahah mama suka sebab ramai tolong tengok n dukung yam. Kikikikiki
Dan itulah cerita mama setakat ni. Lepas ni mama nak bawa yam ke tugu negara, aquaria, taman burung, taman bunga dan banyak lagi! Yang penting kita habiskan lawatan ke tempat2 menarik sekitar KL dulu ye. K see u next time!

Monday, November 30, 2009

Chapter 16

Selamat bertambah bulan mj! Inilah awak dihari ini.

Awak bangun tido n tersipu2 malu bila mama nyanyikan lagu 'Happy Birthday to you'. Dah mandi n bersiap kita pergi klinik Dr.Koe untuk check pasal sembelit awak. Skang nak kuar ngan awak kene luang sedikit masa untuk dandan rambut awak tu. Kan ada beza rambut serabai awak bila bangun tido ngan nak g jalan.


Ini selepas awak menangis2 berak sembelit lepas mama bagi ubat. Sebab mama dah niat bershopping maka kita pun menuju jalan ke mid bersama Ateh. Sorry to say awak ni memang shopaholic. Pening mama & Ateh nak jerit2 marah awak pilih baju. Serius awak dah tau apa itu shopping. Sib baik kita g reject shop je. Siap nak bawak beg shopping sendiri ok!

Dah penat shopping inilah habuannya. Lagi pening ok! Cubalah awak minum susu begini!

Tuesday, November 24, 2009

Ada apa dengan sup sawi?

Entah mama pun tak tahu la taste MJ macam mana. Susah sangat nak'fit' selera MJ. Tapi lately mama cuba test betul tak MJ suka makan sup sayur sawi ni, dan nampaknya benarlah sup sawi ni kene ngan tekak MJ. Hehehehe selera senang aje anak mama ni rupanya. Nenek punyalah penat masak sup ikan merah, sup ketam, sup ayam rupanya yam suka sup sayur sawi je nenek.
Since weekend mama masakkan sup sawi tuk MJ, balik keje pun papa suh mama buatkan lagi tuk MJ makan. Alhamdulillah MJ makan dengan enjoy n nak suap sendiri, satu2 yam amik sayur sawi tu ngan jari n suap ke mulut - hohoho buat sawi cam popcorn, tapi baguslah kan. Nenek tak suka sangat biarkan yam makan sendiri, kata nenek nanti kat rumah orang susah sebab nanti sepah. Tapi mama berpendapat sebaliknya - practice make perfect kan? Berlatihlah makan sendiri - bersepah mama boleh kemaskan cuma ngan nenek mama tak boleh la tolong kan. Lagipun kata orang biarkan budak makan sendiri mereka akan lebih kenyang sebab mereka tahu kehendak mereka. Lagi pulak MJ selalu kene paksa makan - tak elok begitu mama kira.
Papa kata ok cara mama layan MJ makan sebab mama encourage MJ dengan cara mama - dan sabar layan n tunggu MJ makan.Hahahahah sabar la sangat mama ni kan - kena la jugak setepek dua kalau mama bengang.
Apa2pun mama akan membeli sawi setiap hari untuk MJ-hahahahah makan sampai chubby sikit ok. Nanti MJ ajar sikit papa makan sayur - papa MJ tu elergik ngan sayur ok, jangan harap dia nak makan sayur berdaun hijau ni. Sib baiklah awak tak elergik begitu. Bagus gud girl mama!

Wednesday, November 18, 2009

Gaya mesti lebih!

Gambar ni mama amik pagi tadi. Gaya awak memang lebih, besar nanti mesti kena pandai n rajin belajar tau. Mama nak MJ jadi doktor. Ok, ok terlalu awal nak pressure awak. Takpe suka hatilah nak jadi apa tapi mesti yang berguna. Oh tak mau jadi QS ok, cukuplah mama saja. Tapi mama tahu MJ mama akan jadi somebody! Berusahalah!