...My Prince Charming...

Lilypie First Birthday tickers

...Miss MJ...

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, March 31, 2010

= Dua Puluh =

Tahniah...tahniah dan tahniah.


Sekarang MJ dah 20 bulan, makin banyak kerenah.


Oh, oh gigi taring atas MJ dah keluar ok, skang dan nampak ketajamannya tapi yang tak syok 4 batang gigi atas MJ tu dah ada karies since MJ setahun *Sigh - tulah MJ malas gosok gigi*


Nenek selalu merungut kata MJ banyak kerenah, sikit2 merajuk pastu nangis n then suka marah2. Hohohoho itu mama tau n kadang2 memang mama hilang sabar. Marah sikit tepuk meja n kata haip. Shesshhh....


Perkembangan emosi MJ memang baik tapi kadang2 membimbangkan. Emosinya adalah seperti :

i) Bila mama marah atau kata mama tak nak kawan MJ - MJ menangis berjurai2 airmata

ii) Bila mama merajuk - MJ cium mama

iii) Bila mama buat2 nangis - MJ akan kata ' dah, dah, dah' n kadang2 disertai dengan pelukan dan tepukan dibahu *hahahaha*

iv) Bila MJ marah - MJ cakap 'haip' n tepuk meja atau apa2 saja yang berdekatan dengan muka marah

v) Bila MJ marah+sakit hati/tak puas hati - MJ akan kata haip n nangis
vi) Bila merajuk/kecil hati - MJ akan muncung n menyorok balik dinding
vii) Bila MJ malu2 kucing - MJ senyum2 gedik
Itulah saja update mama untuk kali ini ye.
Jumpa lagi nanti.

::MJ dapat basikal::

Haih...haih...haih...
Mama tak boleh la nak cakap tidak atau tidak boleh. Nampaknya nenek too fast too furious, tau2 mama dapat mesej gambar basikal kuning hijau dari mak ngah. Katanya nenek dah blikan Maryam basikal. Alahai sayangnya nenek kat awak ni. So terima ajelah dengan senang hati. Awak pun senyum2 malu2 bila datang umah nenek tengok ada basikal tuk awak. Tapi...hahahaha Cik Pai kata awak kedekut, pinjam sikit basikal pun tak boleh. Uzayr pegang tayar pun kena 'haip' dengan awak. Hehehehe anak mama memang garang la *macam mama kan?*. By the way berlatihlah mengayuh dengan tekun. InsyaAllah nanti mama belikan helmet, knee & elbow pads ok?. Oh dengan kasih sayang yang melimpah dari nenek ini harapnya Maryam janganlah melawan cakap nenek atau sesekali kurang ajar ngan nenek, memang mama tak teragak mencubit perut kamu nanti. Hohohoho...

Dan inilah gaya aksi hebat awak mengayuh *padahal tak gerak pun-hahaha*. Muka awak memang muka bangga la dapat tunjuk kat mama n atuk awak mengayuh. Takpe sayang nanti weekend kita pergi taman, mama tolakkan basikal awak ye. Heheheheh. Sebenarnya mama nak belikan awak basikal bila mama rasa awak dah ready n awak dah boleh mengayuh dengan baik, namun begitu nenek dah belikan awak jagalah basikal ini dengan cermat ok?. Pandai jaga mesti nenek suka nak belikan awak barang lain pula. So till then bermainlah dengan seronok bersama Cik Pai, nenek n Uzayr ok!

Sunday, March 21, 2010

::Meja Study Ikea::

Dalam list mama, mama nak belikan Maryam meja tulis dan papan tulis serta rotan. Hahahaha takut ker nak kena rotah hah? Mama dah start nak buka kelas belajar untuk Maryam. hati2 ye Cik Maryam, cikgu awak ni garang. Sian anak mama, baru nak masuk 2 tahun mama dah nak bagi Maryam tuisyen. Eh, eh patut Maryam bersyukur sebab mama nak bagi Maryam ilmu sepanjang hayat tau. Ingat mama takkan berkompromi bab2 pelajaran ni, sebab tu susu awak sebut jadi babu, sebabnya mama dah latih awak dari awak berapa bulan untuk sebut susu tapi sebab lidah awak masih lembut awak berusaha sebut sampailah terkeluar babu dan sampai hari ini awak tetap sebut susu itu babu. *Gud girl*
Oh nasib baik mama belum membelikan awak meja tulis. Sebabnya? oh sebab Ikea sale ada meja tulis yang comel dan memang mama suka. Oh mama suka barang2 ikea. Dan mama pun terus mengajak papa pergi membeli. Yang kelakar sebab mama busy tak sempat bincang ngan Mummy Emma pasal meja ni. Dan yang bestnya rupa2nya kami buka cerita rupa2nya dua-dua pun dah grabbed meja ni dari Ikea. *Hehehehe - memang komited*

Maryam sedang tekun menelaah di meja barunya.

Menunjukkan lips adalah begini.

Dan inilah rupa meja dan kerusi Ikea itu setelah dipasang oleh mama. Kemudian dengan bantuan sticker yang dibeli di pasar malam, maka dapatlah meja ini didekorasi sebegini rupa.

Sekian Terima Kasih.

Selamat masuk kelas MJ!

Oh belum boleh, papan tulis tak beli lagi.

Sila baca buku dan bersedia.

Sekian.

Saturday, March 13, 2010

Taiwan Mambobaby Neck Float

....Maryam berenang-renang ketepian...

Mama Aariz - Hehehehe puan semut inilah entry untuk pelampung yang Maryam pakai seperti di atas okeh.
Pelampung ini namanya ialah Taiwan Mambobaby Neck Float.
Boleh dibeli di Safe n Sound. (Kat OU ada okeh)
Harganya ialah RM69.90. (Dulu Ateh yang belikan tapi Ateh claim la kat mama, dekut la ateh nih)
Maryam beli yang Flower Neck, ada juga Round Neck ye.
Oh, oh ada websitenya iaitu www.mambobaby.com (Mama pun tak pernah buka lagi, hahahaha)
Tapi ini untuk baby sampai umur 2 tahun aje ye. Tapi Maryam sangat nampak selesa memakainya. Aariz cubalah ye, nanti leh date ngan Maryam, kat Hillpark ada swimming pool yang Maryam pergi berenang kadang2, lain kali kita boleh la pergi ye.
Oh lamanya mama tak bawa Maryam berenang. Maryam dah geli2 tengkuk dah ni...hehehehe...
Ok Aariz ada apa2 sila jangan malu bertanya lagi ye. Ok bye...

Monday, March 8, 2010

Panggilan Papa

Mama bawa Maryam ke mid valley ahad lepas. Boring duk rumah papa takde, so mama bawak Maryam pergi Megakidz - Fundland & Edutainment kat Mid untuk main2. Tak berapa sesuai la untuk anak mama sebab anak mama kecil lagi dan ramai yang main kat sana ganas2 la. Lebih baik mama bawak anak mama ke taman - lebih bagus suasananya.

Kita pergi jalan kaki je, rumah kita kan dekat aje ngan mid. Mama masukkan yam dalam buai (babywearing cap littlepods) dan kitapun menuju mid, sib baik la anak mama tak berat sangat kan, so balance jelah mama berjalan sambil borak2 ngan Maryam.

On the way balik mama borak lagi dan mama tanyakan satu soalan pada Maryam.

"Adik papa panggil mama macam mana?"

Sambil senyum malu2 Maryam jawab begini...

"Oyahhhhh"

Hahahahahah Roziah okeh!!!!

Papa please stopped calling me Roziah in front of her next time!

Sunday, March 7, 2010

19 Bulan


Anak mama...

Kini awak sudahpun berusia 19 bulan.

Tak banyak mama mampu kata melainkan bersyukur dengan perkembangan awak.

Walau awak sedikit kecil tapi awak Alhamdulillah sihat dan bijak.

Awak mudah belajar dan sangat pandai mengambil hati.

Mama suka dan gembira menghabiskan masa2 mama bersama awak.

Dan mama suka setiap kali awak panggil mama.

Awaklah segalanya pada mama.

Terima kasih kerana menjadi anak yang taat.

I love u so much...