...My Prince Charming...

Lilypie First Birthday tickers

...Miss MJ...

Lilypie Fourth Birthday tickers

Monday, November 30, 2009

Chapter 16

Selamat bertambah bulan mj! Inilah awak dihari ini.

Awak bangun tido n tersipu2 malu bila mama nyanyikan lagu 'Happy Birthday to you'. Dah mandi n bersiap kita pergi klinik Dr.Koe untuk check pasal sembelit awak. Skang nak kuar ngan awak kene luang sedikit masa untuk dandan rambut awak tu. Kan ada beza rambut serabai awak bila bangun tido ngan nak g jalan.


Ini selepas awak menangis2 berak sembelit lepas mama bagi ubat. Sebab mama dah niat bershopping maka kita pun menuju jalan ke mid bersama Ateh. Sorry to say awak ni memang shopaholic. Pening mama & Ateh nak jerit2 marah awak pilih baju. Serius awak dah tau apa itu shopping. Sib baik kita g reject shop je. Siap nak bawak beg shopping sendiri ok!

Dah penat shopping inilah habuannya. Lagi pening ok! Cubalah awak minum susu begini!

Tuesday, November 24, 2009

Ada apa dengan sup sawi?

Entah mama pun tak tahu la taste MJ macam mana. Susah sangat nak'fit' selera MJ. Tapi lately mama cuba test betul tak MJ suka makan sup sayur sawi ni, dan nampaknya benarlah sup sawi ni kene ngan tekak MJ. Hehehehe selera senang aje anak mama ni rupanya. Nenek punyalah penat masak sup ikan merah, sup ketam, sup ayam rupanya yam suka sup sayur sawi je nenek.
Since weekend mama masakkan sup sawi tuk MJ, balik keje pun papa suh mama buatkan lagi tuk MJ makan. Alhamdulillah MJ makan dengan enjoy n nak suap sendiri, satu2 yam amik sayur sawi tu ngan jari n suap ke mulut - hohoho buat sawi cam popcorn, tapi baguslah kan. Nenek tak suka sangat biarkan yam makan sendiri, kata nenek nanti kat rumah orang susah sebab nanti sepah. Tapi mama berpendapat sebaliknya - practice make perfect kan? Berlatihlah makan sendiri - bersepah mama boleh kemaskan cuma ngan nenek mama tak boleh la tolong kan. Lagipun kata orang biarkan budak makan sendiri mereka akan lebih kenyang sebab mereka tahu kehendak mereka. Lagi pulak MJ selalu kene paksa makan - tak elok begitu mama kira.
Papa kata ok cara mama layan MJ makan sebab mama encourage MJ dengan cara mama - dan sabar layan n tunggu MJ makan.Hahahahah sabar la sangat mama ni kan - kena la jugak setepek dua kalau mama bengang.
Apa2pun mama akan membeli sawi setiap hari untuk MJ-hahahahah makan sampai chubby sikit ok. Nanti MJ ajar sikit papa makan sayur - papa MJ tu elergik ngan sayur ok, jangan harap dia nak makan sayur berdaun hijau ni. Sib baiklah awak tak elergik begitu. Bagus gud girl mama!

Wednesday, November 18, 2009

Gaya mesti lebih!

Gambar ni mama amik pagi tadi. Gaya awak memang lebih, besar nanti mesti kena pandai n rajin belajar tau. Mama nak MJ jadi doktor. Ok, ok terlalu awal nak pressure awak. Takpe suka hatilah nak jadi apa tapi mesti yang berguna. Oh tak mau jadi QS ok, cukuplah mama saja. Tapi mama tahu MJ mama akan jadi somebody! Berusahalah!

Si Manis 15.5

- MJ Jo with Papa -
Seperti biasa papa akan mms mama gambar awak di bawah jagaan papa. Gambar awak ni papa mms mama semalam. Mama rasa awak sangat2 manis dan gembira dalam gambar ni. Tapi macam biasa rambut serabai - mama kira ini trademark papa la. Bila mama komen pada papa awak sangat comel dan gembira dalam gambar ni, komen papa adalah begini :-
' Papa jaga mestilah happy'
Sedikit berlagak mama kira.

Saturday, November 14, 2009

Buat MJ mama...

Buat MJ mama...
Mama memang nak tukar keje kat lain. Lepas bos mama seperti rendahkan kredibiliti mama hari tu, mama memang tekad nak pergi secara serius. B4 kejadian tu mama memang dah lama nak cari kerja lain, tapi tak serius.
Sebenarnya mama nak duk jek rumah jaga MJ, tapi awak tahulah bukan senang nak hidup kat dunia ni kalau takde duit. Macam chem bonda dia dah berenti kerja tapi still kene berniaga cari duit. Nantilah besar nanti awak akan tahu nilai duit tu- bukan setakat rasa syok hulur kat orang jual tu macam awak selalu nak buat bila kita g kedai atau pasar malam.
Mama just nak ingatkan awak tentang hal yang satu ini, betapa mama memikir dan mendahulukan awak dalam nak buat apa juga. Mama mengingatkan agar awak tak ingkar cakap mama n papa.
Khamis lepas mama dapat interview, private company bukan gomen. Tempatnya kat taman melawati, serius jauh dari rumah kita. Tapi mama pergi juga untuk melihat macam mana keadaannya. Sekalinya sangat jauh ok - tak jauh sangat la tapi jam buat mama rasa Ya Allah, tak sanggup la kalau begini. Malam sebelum interview, kita bertiga pergi survey jalan, sian awak tak selesa tido dalam kereta, nak baring bebas macam atas katil. Esoknya papa teman mama.
So interview berjalan lancar, mulanya interview pertama dan nanti akan disusuli interview kedua, tapi interview kedua tu berjarak hanya 1 jam. So mama minum dengan papa.
Interview pertama mama jumpa 2 orang, sorang pakcik akaun n sorang lagi pakcik teknikal, akaun kerek sikit, teknikal sangat tenang. Kasual saja sesi soal jawabnya - tentu sekali mereka tanya pasal awak. Dan seperti biasa mama menjawab dengan senyum sebab awaklah kebanggaan mama.
Dan sesi kedua mama one-by-one ngan big bos saja, sejam juga sesinya. Kali ini mama lebih jelas dengan demand jika mama kerja disini. Bos ini tekankan mama perlu deal ngan macam2 jenis orang yang kerenahnya kadang kala akan memeningkan -dan itu mama tau dan aware, memang jadi qs itu macam side ordernye. Dan dia juga kata perlu stay hingga sedikit lewat, dan perlu kerja lebih masa - ini mama memang terlebih aware, off course la jadi qs kalau tak stay itu something wrong la tu. Dan mama rasa mama masih mampu terima itu.
Dan akhirnya dia kata perlu outstation! Kerana projek2nya banyak diluar kawasan KL n Selangor. Masa itu mama terus pikirkan awak. Dan bos tu cakap kadang2 dia hantar orang dia g outstation sampai 1 minggu. 1 minggu????!!!! Hah gila ker apa nak suh mama tinggal awak sampai 1 minggu? Oh tidak2, tak mau2. Masa tu memang mama terkedu, memang tak cakap boleh ke tak ker, memang la muka mama jelas tak rela begitu. Dari lahir sampai sekarang tido awak di bawah ketiak mama - tak pernah gagal. Mula2 mama dah suka dengan opis ni, dengar bos ini terangkan kerja2 yang akan mamatempuhi, mama nampak prospeknya, gaji mama juga lumayan. Tapi bila sampai kat part outstation, semangat mama terbang entah ke mana. dari awal mama tahu mama akan berjaya dalam temuduga ini - tapi bila sampai part outstation hati mama berbelah bagi dan merasa oh tidak aku tak sanggup!
Akhirnya esoknya jawapan diberi, mama tidak berjaya setelah mereka berbincang dan memutuskan mama tak layak untuk menyertai mereka, mama tak tanya kenapa cuma kata ok saja. Mama rasa released sebab mama tak perlu tinggalkan MJ, tapi sedih kerana mama direject... tak seronok rasa kene reject, takde sape yang suka. Walau mama memang akan tolak jika dapat-lebih seronok jika kita yang reject orang dan bukan orang reject kita.
Moralnya cuma mama nak bagitau MJ yang mama dah jalankan tanggungjawab mama dalam besarkan MJ, memang mama direject tapi dari awal lagi mama dah putuskan untuk tolak kalau mama dapat kerja ini -semuanya kerana MJ - kerna mama rasa Mj lebih perlukan mama. Tak mengapa mama rasa benci di tempat kerja sekarang asal mama pulang kerumah mama masih dapat mendakap MJ dan takkan biarkan MJ tido dengan orang lain selain mama n papa. Semuanya MJ...harap bila besar nanti jika MJ terpaksa buat keputusan begini - MJ tetap sempurnakan mana yang hak untuk mama n papa. InsyaAllah Maryam Jo!

Hadiah Harijadi...

Terima kasih pada semua yang hadir ke majlis harijadi MJ. Dan inilah hadiah2 yang MJ terima. Terima kasih semua...Muahhh!
CW- Mak Yanti, Mummy Emma, Mama & Anak2, Bonda Chem & Dayah

CW - Ateh, Uncle Pen & Auntie Enni, Nenek Tua, Auntie Mama & Sarah

CW - Ibu & Family, Nisaq, Boss Atuk, Mien

CW- Atie&Ayol, Has, Mama
Oh yang bagi duit pun terima kasih ye. MJ dapat hampir RM400 dihari kejadian. Dan Mj ucap terima kasih pada nenek yang masak banyak aritu, pada semualah terima kasihhhhhhhhh banyak2 sangat2...
Jumpa lagi bila MJ 2 tahun ye. InsyaAllah!

Wednesday, November 11, 2009

Ayat-ayat cinta...

Saje bagi tajuk sweet kat atas, sebenarnya nak update ayat2 dan perkataan2 yang Maryam dah mula sebut di usianya mencecah 15 bulan. Cuma tak polish lagi sebutannya. Aku harap Maryam tak pelat. Oh janganlah, anak2 sedara aku semuanya sangat petah di usia 2 tahun, adalah yang pelat tapi sorang 2 je. Ok inilah perkataannya :-

Mama
Bila nangis nak susu n nak ikut aku memang la sebijik mamanya keluar. Ini perkataan pertama yang dia dapat. Of course la kan – hari2 hisap susu mama, ini reward Allah kukira. Hehehe Alhamdulillah.
Papa
– antara perkataan awal dia dapat juga-yelah papa dia kan selalu jaga dia n bawa naik motor merempit pagi petang.
Nenek
– Nyek...hahahahaha
Atuk
– Buat bunyi jek bila suh panggil, tak kuar pun atuknya. Dan biasa dia akan senyum sebab atuk memang slalu senyum kat dia.
Kakak
– Tatak
Abang
- bang...cam gedik jek, hahahahah
Botak
– Atak, atak (ni dia panggil anak orang yang mil aku jaga)
I love you
– Abuuuuuu....hahahhahah i luv u abu kot...
Sorry
– Oyeeeee...(biasa bila nangis akan sebut sambil tunduk kepala mohon ampun)
Thank you
– tak polish lagi, biasa sengetkan kepala n genggam jari, aku ajar begini, tapi skang dah terkelit\ru ngan terima kasih

Please
– yissss – ni baru ajar supaya nak apa dia ckp please instead of nakkkkk....
Nak
– antara word paling awal dia dapat selain mama n papa, biasa tangan akan kembang jek n kalau tanya dia nak dia akan angguk2 kepala

Tak nak
– biasa masa nangis tak mahu sambil geleng2 kepala.
Book
– baru jek dapat, sebab dia slalu cari buku dia
Banyak
– Anyakkkkk (aku ajar dia untuk ekpresi rasa sayang dia pada orang2 terdekat – sambil depakan tangan)
Miss you
- akan gomol pipi sambil geleng2 kepala sambil sebut yu yu...hahaha aku baru ajar dia - bila balik keje aku akan cakap kat dia aku miss dia n gomol pipi dia.

Maryam ni dia cepat dapat kalau ada aksi skali, jadi aku praktiskan pengajaran siap skali ngan aksi, sebab tu bila suruh cakap apa2 dia ada aksi sendiri. Hahahah bila nangis kene pulse kejap nangis sebab nak tunduk cakap sori. Hahhahaha...

Oh aku juga ajar dia bunyi2an binantang. Paling gediks adalah bunyi tiger. Dia boleh buat bunyi tiger, kucing, lembu n ayam je setakat ni. Ayam pun ork-ork je. Selalu buat bunyi tiger gatal. Hehehehe...kadang2 tengah duk lepak2 kang terdengar la ngauman tiger gatal. Cheeky betul aku rasa anakku ini. Alhamdulillah setakat ini progressnya kukira normal seperti kanak2 seusianya.