...My Prince Charming...

Lilypie First Birthday tickers

...Miss MJ...

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, June 13, 2012

Latest update about them.

Hai anak2 mama. Sorry la dah lama x update since last entry. Ok mari kita bercerita tentang perkembangan anak2 mama sehingga ke hari ini.


Alhamdulillah Maryam akan mencecah usia 4 tahun Julai ini. Begitu juga Yusuf. Julai juga bulan kelahiran Yusuf. Sedar tak sedar Yusuf bakal mencecah angka 1 tahun. Syukur pada Allah. Kakak dan adik keduanya sihat dan membesar dengan penuh kasih sayang. Keduanya peneman setia mama.


Oh kakak doing great kat sekolah. Simple words kakak dah boleh baca di semester pertama persekolahan. Mmg berkesan teknik phonics yg cikgu2 terapkan. Rasa bangga dengan pencapaian kakak setakat ni. Berbaloi mama peruntukkan sebahagian wang utk pendidikan kakak. Cuma kita sedikit penat travelling bangsar-putrajaya.


Yusuf sudah berjalan. Memanjat juga. Sungguh memeningkan kepala semua. Sungguh lasak budaknya. Mmg begitu lelaki sekali. Oh dan dia masih fully breastfeed! Syukur2. Dia juga suka makan, seperti papanya. Hihihi. Gigi masih 2 dibawah dan sudah 4 di atas.


Emm apalagi ye? Itu saja yang ingat. Nanti mama update lagi k. Sayang anak2 mama.


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

Nurshuhada Zainon said...

yusuf sungguh cheeeeekyyyyyyyyy....