...My Prince Charming...

Lilypie First Birthday tickers

...Miss MJ...

Lilypie Fourth Birthday tickers

Sunday, December 27, 2009

Password

'Kenapa nangis? Maryam nak apa?'

'Babuuuuu....'

Tangan selak2 baju mama.

Ye, babu itu ialah nak susu badan.

Nenek pun dah tahu password mama dan maryam.

Kantoi.

Maryam

Maryam terima kasih kerana kebelakangan ini baik2 saja. Seperti Maryam faham kesulitan mama, Maryam meneman mama setiap masa. Oh maaf mama yang mengheret Maryam ke mana2, sementelah ke hospital menjaga atuk juga. Bukanlah mama tak pentingkan keselamatan dan kesihatan anak mama - tapi siapalah yang lebih bisa melindung Maryam sehebat perlindungan mama. Walau mama takkan bisa menumbuk si rina, tapi mama pastilah sekuatnya berusaha.
Alhamdulillah Maryam dah kembali ceria, makan juga dah bertambah hebatnya, mengunyah juga tak kira masa, tersenyum tersengih mengada-ngada, mama bersyukur ke hadrat-Nya. Moga dilimpah rezeki dan kurnia, kesihatan dan keselamatan dan sentiasa gembira.
Maryam mama, jangan sakit2 lagi ya!

Saturday, December 5, 2009

Cerita :(

Sigh. Tak tahu camne nak mula, satu cerita yang panjang dalam diari kehidupan anak mama. Masa mama tulis ni anak mama sedang tidur ngan papa. Dah masuk hari ketiga kita kat PPUM ni. Tak nampak lagi jalan keluar. Pada mama, mama tak kisah keluar atau stay lagi kalau itu kata doktor. Yang penting anak mama mesti dikenalpasti punca sakitnya. Tadi dr kejutkan mama yang sedang susukan MJ dan kata dr itu ;

" Sebab MJ masih cirit birit, dr akan continue bagi antibiotik masuk ikut tangan, tak boleh bagi yang makan sebab takut cirit birit akan jadi bertambah buruk. So kita kena monitor lagi, ubat untuk infection lain belum boleh bagi sebab result air kencing n najis belum keluar lagi"

Maksudnya kita akan stay lagi...

Gambar ni sebelum MJ masuk wad. Anak mama memang kuat dah muntah sepanjang malam pun masih boleh main tapi start flat jam 4 petang. Maryam dah lemah n tertido sendiri. Setelah mama research pasal muntah, sembelit dan kesan2nya, haruslah mama risau pasal hidrasi yang melanda Maryam. Maryam start muntah jam 1 tgh malam sampai pagi, mama memang langsung tak tido malam itu. Cadar memang habis kesan muntah saja, baju pulak ada la 5 kali bertukar. Awak susu je muntah, susu lagi muntah. Paginya mama bawak pergi klinik pakar kanak2 koe, dia bagi ubat tahan muntah, malanglah awak muntah juga sampai 5 kali. Tanpa berlengah mama menelefon papa menyuruh papa pulang dan kita pun menuju ke PPUM.

Setelah mama cerita panjang lebar, dr kata MJ patut kene masuk air. Hohohohohho tengoklah tangan ultromen MJ, punyalah struggle dr2 nak cucuk tangan MJ. Mama n papa tak tengok, kena duk luar sebab MJ nangis2 dengan hebat sebab MJ tahu dr nak sakitkan MJ. Oh sorry mama juga teremosi dan menangis juga. Mestilah mama menangis sebab MJ kan kesayangan mama.

Inilah MJ sepanjang di PPUM.



Nanti mama sambung kenapa MJ jadi begini ok.