...My Prince Charming...

Lilypie First Birthday tickers

...Miss MJ...

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, January 26, 2012

Update on Imran :)

Heeee anak mama dah setengah tahun baru mama nak update. Oklah mama lump sum aje update on Imran ok sayang?


Ok ini gambar anak mama meniarap. Seperti kakak Imran meniarap di usia 4 bulan 4 hari. Syabas anakku. Cepat aje anak mama dah 4 bulan. Alhamdulillah 1st time meniarap mama sebagai saksinya. Syukur mama berpeluang menyaksikannya. :) Nanti mama update videonya k.


Ni plak gambar anak mama berkombat, penat mama mengutip adik tau. Cuma nasib baik adik tak laju mengombat macam kakak dulu, kakak dulu laju gila, adik ni mungkin sebab adik berat, hehehehehe. Mama tak ingat dari adik boleh meniarap tu bila adik mula mengombat. Hmmm sebulan pastu la agaknya. Video terdelete la plak.


Pastu start adik 6 bulan setengah adik dah berkaki 4 begini. Pastu Goyang2 punggung. Adik belum dapat bergerak ke depan lagi. Semalam adik dah angkat2 tangan. Ok usaha lagi ok. Pasni takyah kombat lagi, merangkak aje terus.


Oh tapi pastu adik terus nak blaja duduk plak. Apa la adik ni belum merangkak nak buat task lain plak. Tapi suka hati adik la kan. Tapi progress adik memang lebih cepat dari akak. Harap adik berjalan cepat juga supaya mama penat kejar pulak. Hohohohoho...


Dan paling best masa adik 6 bulan jek mama terperasan gigi adik dah keluar!!!!!!!!! Hohohoho ini adalah 2 bulan dahulu dari kakak. Kakak dulu keluar gigi masa 8 bulan n siap demam panas. Adik selamba aje. Alhamdulillah. 2 batang gigi bawah dah muncul dah. Tapi mama risau sebenarnya sebab adik masih fully breastfeed. Mama berdoa agar adik tak gigit mama dan mama berjaya menyusukan adik sehingga 2 tahun.


Ok adik juga suka senyum tapiiiiii... adik tak senyum kat orang yang adik tak pernah tengok. Adik akan tengok aje, kalau orang adik tak kenal tu amik adik, adik akan nangis. Cembeng suh mama amik adik balik. Adik pun suka sangat kat atuk, kalau atuk tak amik adik, adik nangis. Hehehehehe.


Oh adik juga dah makan solid food 1 minggu sebelum adik berumur 6 bulan. Hehehehe mama taklah ikut buku sangat macam kakak dulu. Mama kasi adik makan sebab mama rasa adik dah bersedia. Alhamdulillah adik makan dengan selera sekali tapi bubur adik mesti jangan cair, kene ada tekstur baru adik makan dengan banyak n gembira.


Ok itu aje untuk update terkini. Oh ye adik juga dah 8.2kg. Memang mama pengsan, melengkung2 badan mama dukung adik. Malam2 mama terpaksa bangun n pangku adik susu sebab adik tak mau susu baring. Ingat eh adik pengorbanan mama ni. Besar nanti tak dengar cakap mama, mama gigit telinga tu. Ok anak mama, selamat membesar dengan sihat, cergas dan gembira.

Tuesday, January 17, 2012

MJ @ Alif Ceria Precint 16 D Putrajaya

Dear Maryam,


Alhamdulillah mama dah berjaya daftarkan kakak ke prasekolah pilihan mama, creative-english islamic preschool. Start 4/1/2012 secara rasminya mama dah tinggalkan kakak kat sekolah n taska. Kakak tak lagi duduk dengan nenek. Alhamdulillah juga kakak tidak langsung menangis! malu mama nak cakap yang mama menangis masa tinggalkan kakak. Hmmmm mama sangat2 terharu anak mama dah besar dan dah sekolah. Dan lagi mama sedih sebab mama tinggalkan kakak pada cikgu2 kakak n mama kene percayakan mereka. Selama ni nenek jaga kakak dengan sangat baik jadi mama sangat risau keadaan kakak yang terpaksa bercampur dengan kawan2 lain. Mama takut kakak rasa tersisih sebab selama ni semua perhatian adalah terarah kepada kakak.


Ok jadi mari mama tunjukkan kakak, aksi2 kakak di sekolah ye. I am so proud of you darl!


Ini kakak lepas seminggu kat sekolah. Ceria n seronok kat sekolah. Hari2 pun tanya sekolah ke tak even on weekend. Sabar ajelah mama. Harap2 Maryam akan terus mencintai sekolah n sekolah rajin2 ye kakak.

Oh ini BFF kakak! Zaraa namanya. Sangat comel dan lebih banyak mulut dari Maryam. Yang kagumnya beg Zaraa sama dengan Maryam! heheheheh bukan itu aje, masa birthday drg yang kedua mereka pakai dress yang sama! Sedangkan mereka baru saja berjumpa. InsyaAllah mereka akan jadi BFF dan harap mama juga dapat kawan dengan mama Zaraa forever. Seronok jumpa mama yang juga excited and commited dengan anak yang baru masuk preschool. Hahahah mengalahkan anak nak masuk U perasaan itu.



Oh ini kakak otw g school. Sebab kita travel from Bangsar to Putrajaya makanya mama kena jaga mood kakak. Hari pertama n sampai seminggu mama kasi kakak tgk cerita pilihan kakak kat youtube sepanjang perjalanan. Nasib baik la internet connection sepanjang mex highway adalah terbaeeekkkk.


Pagi2 plak mama dukung bawak kakak g bilik air n mandi air panas n siapkan kakak. Sarapan selalu kita beli aje kat kedai. Kakak ok tak banyak songeh. Sayang kakak.


Dan ini tagline Alif Ceria - Let kids be kids. Which i like! Penting ye untuk kanak2 jadi kanak. Heheheh walaupun mama kadang2 terlebih layan kakak macam remaja. Hihihihi.


Dan ini hari pertama di sekolah. Sebab kakak belum dapat uniform maka mama pakaikan kakak baju kurung saja, supaya kakak nampak cute n sedikit formal. Masa ni dah cabut tudung dah. Alhamdulillah kakak behave sangat2. Kakak tak pot pet pun, kakak senyap n tersipu2 malu aje.


Inilah kakak pagi hari pertama sekolah. Macam mak nenek, hehehehehe.


Ok kakak semoga kakak seronok dan sekolah pandai2. Setakat hari ini Alhamdulillah english kakak dah makin banyak words. Syukur. Harapan mama moga sahsiah n moral kakak terbentuk indah disini. InsyaAllah. :)