...My Prince Charming...

Lilypie First Birthday tickers

...Miss MJ...

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, July 29, 2010

Alhamdulillah...you are 2!

Inilah anak mama di usia 2 tahun. Bercakap sampai mama n nenek selalu suruh diam. Nenek panggil Maryam budak becok. Hahahahaha memang becok pun, yelah tengok la saper belah mulut dia dulu kan, dengan lidah lekuk tu lagi. 2 tahun pun mama dah pening harap2 bersopan santunlah anak mama n pandailah menjaga adab kewanitaan apabila meningkat dewasa kelak.

Buat anak mama yang tidak ternilai harganya ~ Selamat Ulangtahun ke-2 sayang! Mama sangat bangga jadi mama kepada kamu, setiap masa bersama kamu tiada siapa boleh menterjemah betapa mama menghargai dan mendakap saat2 itu. Mama berdoa moga Allah SWT memberikan kesihatan dan kecerdasan terbaik buat Maryam. Moga juga kita ada masa yang panjang bersama kerana mama tak terbayangkan bagaimana dunia mama tanpa Maryam. Luv u so much manja! Muahssssss...

No comments: