...My Prince Charming...

Lilypie First Birthday tickers

...Miss MJ...

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, August 5, 2009

Maryam Touches One Party - Part 1

Aku plan nak buat besday Maryam adalah sebulan sebelum majlis kot, tapi nak melaksanakan dan memulakan langkah tu agak lambat. Sudahnya 1 minggu sebelum baru aku terhegeh2 bersengkang mata buat semua...boleh kata rancangan tu banyak tapi sebab tak sempat aku cuma sempat jayakan 80% dari idea asal aku. Tapi secara keseluruhannya matlamat aku tuk semua tetamu khasnya kanak2 bergembira memang tercapai.


Sebelum aku bercerita lebih lanjut mari kusoksek kan satu cerita, hehehe nak ngumpat2 skit. masa aku tengah dok lepak di satu senja bersama amad terchenta dan maryam tersayang, tetiba amad kata ada pesanan dari ibu mertuaku. Hohohoho nebes lak, hahahah cam tak biasa jek. Amad kata ibu kata buat besday maryam jangan la over sangat, gudi beg pun buatlah biasa2 jek, jangan nak bertanding-tanding, kang orang kata berlagak plak. Hah? apa ni, mengapa kata begini? apsal lak takleh wat gudi beg over? ala tak syiok la...hatiku meronta berkata-kata. bila dah ngomel2 n protes2 ngan amad barulah kutahu mengapa ibu berpesan sedemikian. Kononnya aku ni buat benda semua macam nak fight ngan kawan2 saper lebih hebat dan kononnya semua kawan2ku ini berlagak. haih nyampah la plak aku ngan kenyataan ini.


Di sini aku nak buat pembetulan ok. Selama ini paling aku fahami sikap aku sendiri ialah aku tak suka nak ikut apa orang buat dan aku cukup tak suka kalau satu masa tu satu trend naik dan aku ikut. Contoh skang orang duk sibuk pakai tudung ikin, tapi aku jenis kalau dah ramai sangat pakai aku memang takkan amik peduli pon. So bila mil cakap jangan nak ikut2 orang n nak fight2 aku rasa, oh tak betul tu,tak betul.


Apa yang aku lakukan selama ini, i.e. party tuk papa maryam adalah sebagai tanda kasih aku pada dia. Dan kalau tuk papa yam ada takkan tuk yam takde kot?. Gila ko, anak 1st mesti la aku excited gile nak buat. tambah plak aku kecik2 dulu mana ada wat party2 atau potong2 kek, yelah aku orang susah, mana la nak ingat wat benda2 camni (but i never regret, i luv my parents so much!) Alah selama ni aku memang selalu pun buat apa2 over tuk yam, kalau party tak over cam pelik jek. hahahaha. It's all about kasih sayang dan rasa patut dan mahu sonok2 saje. takde maknanya nak fight2 ngan kawan2 party saper lebih hebat. Alah kenyataannya pun kalau dah nama party anak ujie n amad tambah plak ngan title cucu kepada nenek yah n atuk taib, korang caye ke boleh tak over? Takde maknanya, kalau tak over bukan la keturunan cik yah taib ok! Dan kalau aku nak over n berlagak pun, suka ati aku la, ada aku pinjam duit kawan2? Paling kurang pun mintak nenek yam @ makcik2 yam sponsored jek...diaorang pun mesti la ngan rela hati bersetuju.
Oklah stop la ngan citer2 tak musim tu. So mari aku update skit2 dulu citer2 semasa melakukan persediaan untuk majlis Maryam ni.



Cik pai amat tekun menggunting bersama cik tasha sementara acu Maryam tengok tv macamlah takde kerja boleh tolong mama...

Antara hamper hadiah. Ni tuk best theme dress kot...

Benda paling aku suka - guest tags!

The gediks boxes! - over? taklah!

Guest book! - Ngada2 ker? eh suke ati la...hahahah




Maryam Touches One Party - Part 2

Bertemakan merah dan hitam, majlis petang itu berlangsung dengan indah sekali. Kagum dengan tetamu yang datang bersungguh2 menepati tema yang mama tetapkan. Cuma nenek berbaju hijau ok! Takpelah namapun nenek Maryam-kenalah lain sikit. Jadi marilah melihat gambar sambil membaca cerita tulisan mama seperti di bawah.

Oh ini adalah gambar sepanjang penyampaian hadiah yang sungguh havoc sekali. Mama selaku pengacara dengan perlantikan diri sendiri melantik pula nenek dan mak lang maryam selaku tukang sampaikan hadiah. Sebab mama nak majlis ini meriah dan disukai kanak2 maka mama adakan pertandingan mewarna 2 peringkat iaitu untuk umur 6 tahun ke bawah dan 12 tahun ke bawah. Then ada juga teka gula2 serta baju tema terbaik untuk baby dan dewasa. Nampak makcik amik hadiah besar tu? Aaaa itulah pemenang kategori dewasa berbaju tema terbaik-tahu kenapa makcik ni menang? Sebabnya kebetulan makcik ni pakai baju tu masa nak pergi kenduri tengahari tu lalu depan umah - mama cakap kat dia jangan lupa datang pakai baju tu sebab memang menepati tema, skali memang makcik tu tak tukar baju n datang - apalagi mama pun bagi la dia sebab dia komited tu ikut cakap mama - Hahahah rezeki. Oh untuk kanak2 pemenangnya ialah cik chempaka kita - tapi dia dah balik masa tu. Jadi tiadalah gambarnya ye...Oh sebab Mak Kocek ni ada ilmu teka gula2 maka dia menang peraduan teka gula2, kesemuanya ada 94 biji. Hehehe tapi Mak Kocek bising pasal hadiahnya ialah sebalang gula2 itu sendiri. Oh lupa ada juga peraduan besday girl - iaitu soalan2 pasal Maryam Jannah - Ada 10 soalan semuanya, cis sungguh takde yang jawab semua betul, paling hebat pun salah satu. Makanya cik zeti n mak kocek seri betul 9/10 tapi hadiah diberi kepada cik zeti saje sebab cik zeti lebih kecil berbanding mak kocek. Heheheh sori mak kocek.

Dan inilah antara tetamu yang hadir. Thank guys...u all really rock the day. Komitmen korang dalam menepati tema amatlah dihargai...Muahhhhhhhhh! Gracias everybody!!!!

Ini juga tetamu sepanjang majlis berlangsung. Serius sangat terharu dengan kedatangan semua memeriahkan suasana. Khas untuk anak mama Maryam Jannah - This is the best mama can do for u dear. Hope u remember it dan terharu bila membacanya suatu masa nanti!

Dan inilah princess mama dan keknya. Kek ini sponsored by mak lang n mak ngah. Terima kasih mak ngah n mak lang. sedap sekali kek eskrem ni. Harap diharijadi akan datang mak lang dan mak ngah boleh sponsor lagi. Once again Happy Birthday princess!!!!

Maryam Jannah

Maryam inilah rupa awak sehari selepas dilahirkan. Cute bukan? Macam anak cine apek jual sayur jek muka awak masa ni mama rasa. Sangatlah tenang muka awak. Oh awak tak nangis sepanjang malam masa kita kat hospital. Baik sangat dan mama pula tak boleh tidur, sangat excited menjaga awak lagipun semua babies sebelah2 kita nangis. Cuak juga mama Maryam cool aje tido. Baby, baby cool...

Ini awak masa 25 hari-masa ni majlis akikah dan cukur jambul awak. Baju ni nenek Kuantan yang jahit, terharu sangat sebab nenek buat surprise. Memang Mama tak sempat belikan awak baju. Gila awak mama pantang lagi,nak suh papa? Heheheh awak akan kenal papa camne bila awak besar nanti. Tapi awak sangat baik masa majlis - tido sepanjang majlis berlangsung - makngah kelek awak g kutip duit potong rambut pun awak tido juga. Alhamdulillah...

Omey kan? Masa ni awak tembambom. Inilah berkat susu mama. Geramnya mama nak gigit pipi awak ni. Awak masa ni 2 bulan lebih dah. Dah tak selenge lagi. Heheheheh...

Masa raya awak 3 bulan dah, dah pandai senyum2 kan. Ni baju raya awak-lebih kain baju ateh. Mama blikan awak skirt n gaun jek untuk raya, ingat baju awak ni tak siap, skali pagi raya cik ilah antar.

Awak hebat tau, gambar ni masa awak 4 bulan-serius genap je awak 4 bulan awak dah boleh meniarap sendiri. Patu pantang baringkan, tak sempat kira 1,2,3... awak dah meniarap. Penat nak pakaikan awak pampers tau.

Awak dah 5 bulan! Masa ni kita dah pindah rumah kita, tak duduk ngan nenek lagi. Tapi takpe umah nenek blok sebelah aje. Masa ni awak dah menyusur cam combat. Laju lak tu. Serius la MJ awak too fast too furious tau!

6 bulan awak dah start angkat2 punggung posisi sedia. Masih menyusur dengan laju lagi.

7 bulan awak dah merangkak-macam biasa dengan sangat laju. Apa yang awak kejar pun mama tak tahulah. Sambil tu awak dah panjat2 n berdiri kat kabinet. Paling mama marah awak suka sangat gigit pemegang laci. Kotor la bucuk.
Masa 8 bulan awak mula tumbuh gigi. Oh no! masa ni awak demam panas ok. First time awak flat n duk diam. Dua batang gigi bawah awak keluar serentak. Awak demam siap keluar rashes. Masa ni mama dapat la tengok awak behave dengan baik. Susu then tido, masuk kete tido. Masa ni rasa senangnya jaga awak. Tapi awak ok-demam pun awak tak banyak ragam. Syukur sangat.

Mama target awak jalan masa umur 9-10 bulan. Tapi nampaknya awak masih merangkak dengan bebasnya. So masa majlis kawin mak lang awak-awaklah flower girl tercumel yang merangkak-hahahah dalam surau lak tu. Ramai orang panggil awak gipsi girl-btw serkop kepala awak tu mama jahit bunganya. Comel? oh mama tau itu.

Masa 10 bulan awak suka diri2 kat dinding. Tak jugak jalan-jalan lagi. Masing buat crossing - jalan berpaut sofa, dinding n kabinet.

Oh gadis bunga. Akhirnya 2 minggu sebelum awak mencecah setahun awak tunjuk skill depan mama. Yeayyy awak dah boleh jalan. Terkedek2 macam itik pulang petang. Mama bangga dengan awak.
Oh dah setahun? Boleh bawak kereta? Heheheh eksyen saja. Alhamdulillah sayang mama dah berjaya bersama kamu selama setahun. Happy birthday sayang! Luv u soooooooooooooo muuuuuuuuuuccccccccchhhhhhhhhhh!!!!

Lahirnya syurga...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Dengan izinNya lahirlah seorang anak yang kami namakan sebagai Maryam Jannah. Maryam itu bermaksud yang tinggi/bermutu dan Jannah itu adalah syurga. Jika digabung ia bermaksud syurga yang tinggi/bermutu.

Mari kuceritakan detik2 kelahiran Maryam Jannah.

Sebenarnya aku dah cuti 15 hari awal sebelum lahirnya Maryam. Semuanya sebab aku kuar tanda lepas jalan2 g shopping ngan Papa n Cik Pai. Sebab aku ni dijadualkan kene ceaser, maka aku dinasihatkan agar ke hospital. Dari awal aku dah decide nak bersalin kat PPUM, jimat kos n dekat dengan rumah, nanti kalau sedara mara nak datang senang sikit kan. Oh aku nak kene ceaser sebab Maryam ni dari dalam perut lagi dah nakal, dia duk songsang na.

Tapi Alhamdulillah, Allah itu maha kuasa dan Maha mengetahui. Dia tahu aku tak mahu ceaser, jadi kuar tanda ini satu petanda baik. Aku masuk hospital juga malam kuar tanda tu. Mil dah packing semua barang bersedia jika aku melahirkan. Masa g PPUM tu dah kul 10 malam kot, masa disoal siasat oleh doc, tetiba doc tanya nak try tak pusingkan Maryam sebab ini kelahiran sulung, kalau boleh biarlah melahirkan secara normal. Eh jika boleh cuba, apa salahnya kan, manalah tahu aku boleh beranak normal.

Maka selepas bersetuju doc pun mencuba. Kata doc percubaan maksimum hanya 3 kali dan jika sakit aku boleh minta berhenti. Aku senyum jek, sebab yelah masa tu mana ada rasa nak beranak kan. Kalau tak mahu aku golek2 sambil jerit2. Hahahaha. So doc cuba, lepas abugit (ala mcm street fighter tu) dia scan tengok, dia confident kata yam dah pusing. Skali yam tetap camtu gak, 3 kali abugit, 3 kali tak berjaya, sebab aku tak sakit doc nak cuba kali keempat. Hohohooo yeeeayyyy, Alhamdulillah kali keempat kami berjaya. Sib baik doc melepasi tahap max itu, kalau tak bedah jugalah seorang aku.

So malam tu aku warded. Tunggu sakit la konon. Skali sampai esoknya tak sakit2 juga. Maka abis check petangnya aku bleh kuar spital. Yang best doc bagi cuti sampai 9 hari, makanya duk la umah, siap sambung cuti lagi tu.hahahaha...

Cuti punya cuti tak bersalin2 gak. Last check-up aku adalah pada 30 July 2008. So pagi tu b4 g spital makan nasi lemak n minum milo dulu. Aku pernah baca ada sorang kakak ni kata minum milo nanti senang beranak. Yang aku tahu senang berak ye la. Hahahahaha...masa makan tu aku cakap kat Papa bontot aku rasa sakit2 sikit...

Masa check-up pun doc kata aku akan rasa sakit2 camtu sampai la aku beranak. Siap kata kalau nak cepat beranak buatlah hubungan ngan suami. haih nak tumbuk jek muka doc tu masa tu. Nyampah tengok dia yang muka yakin berkata demikian. Pas cek aku pun pulang nkata kat Papa aku nak rehat n kalau papa nak turun tolong pakcik dia jual durian, bawak skali budak2 yang mil jaga sebab aku nak rehat. Maka aku pun tidolah sementara semua orang turun bawah jual durian.
Ok tiba masa aku rasa kesakitan itu. Ho ho ho....sakit???? mana la ada orang nak beranak tak merasai kesakitan itu. Cuba bayangkan ko nak masukkan sebiji tembikai dalam straw. Mampu tak? kalau jus tembikai ok la, ini sebijik tembikai! Bayangkan! Subhanallah!

Aku sakit2 start kul 12tghr. Rasa jap2 punggung cam ngilu2 je, sebab ngantuk aku tido-sakit-tido-sakit. Tapi masa tu tahan lagi sampailah rasa nak kencing...makanya g la toilet. Skali ko kat pantyliner aku dah ada fresh blood. ock ooooo....takutnya....masa tu aku dah nangis2 dah...contraction dah makin kerap...sakit woooo....
Lalu aku pun tepon papa suh naik n bawak aku g spital, masa tu sempat lagi aku bebel2. Tak lama aku letak tepon terdengar derapan kaki yang berlari pantas menuju umah. Hahahaha suami aku rupanya cuak nak selamatkan aku yang nak beranak. Kikikiki dalam hatiku gelak walaupun mata berair2 tahan sakit.
Makanya menujulah ke PPUM, masa tu azan Zohor dah berkumandang dah. Jalan jem la skit sebab lunch hour kan. Masa tu jangan cakap la, memang teserlah kecemberan aku menangis tahan sakit. Yang klakar masa nak naik wad tu papa leh tanya 'sakit lagi tak?' hahahaha memang la nak kene tumbuk. aku jawab 'mana ada orang nak beranak tak sakit!'....kuikuikui gila la bengang aku dengan soklan cepuemas itu.
Macam biasa aku pun daftar masuk. Dia bagi ubat berak dulu, tak cek pun bukaan aku, gila malas la nurse2 kat situ. Padahal aku rasa gila2 nak beranak. Masa berak tu aku nangis2 sebab sakit gila! rasa macam baby betul2 tolak bawah aku n aku rasa bila2 masa baby leh cicir...meraung2 aku dalam toilet, yang lagi bangang nurse bleh tinggal aku sorang2. Pastu aku pun masuk bilik nak beranak, cam biasa ada sesi soal jawab, sebab aku dah jawab benda ni tuk kali ketiga aku jadi temper la. dah la aku sakit, tanya lak soklan sama buat kali ketiga. Aku bleh dapat lebih 100% tau. Sampai aku tinggi2kan sore sebab aku gila nak beranak time tu. Zikir dari slow dah jadi kuat dah. Sampai nurse marah aku tak dok diam masa dia nak peksa degupan jantung tu. Bleh suh aku rilek lak, hey mana leh rilek sakit gile tau!
Masa tu dalam delivery tu ada 3 org doc praktikal, 3-3 indian ok! Tapi mereka sangat baik n sangat2 membantu. Hohoho sungguh satu malaysia. Hahaha mana la bleh tak layan aku ngan ok, mereka kan tengah nak pereksa, kena la buat betul. Doc betul yang monitor aku adalah doc perempuan melayu bertudung yang sedikit besar badan dan suaranya. Masa tangah sakit tu drg tanya nak gas tak...hhohohoh aku pun sedut la gas tapi aku rasa benda tu tak fungsi je macam...kikikiki. Pastu tetiba aku rasa seperti baby betul2 nak keluar sampai aku pegang lengan doc india tu n kata "Saya rasa dia dah nak keluar!!!!" Doc itu masih suh aku sabar sampai doc betul masuk n pecahkan ketuban aku....then teran2, aku tak sure berapa kali teran tak kuar lagi. Then doc potong la episotomi ek namanya? siot jek potong aku, aku tak abis teran lagi. Masa teran tu drg kata aku pandai,ajar skali jek dah pandai teran. Oh teran ni doc betul kata macam ko teran nak berak keras tau. Dan masa teran tu aku teringat Induk (makcik Papa) kata 'teran jangan lepas nafas, teran sampai putus nafas pun takpe' jadi aku pun teran seterannya sampailah keluarnya baby itu. Nampak je baby serius aku rasa tak sakit lagi! N aku terus senyum n tengok muka jek mulut aku kata 'la macam cik pai la' hahahahah lucunya rasa. Masa tu jam kat dinding bilik tu jam 3.11 ptg.
So nurse tunjuk tanya baby aku lelaki ke perempuan. aku cakap la perempuan. So dia amik n bersihkan. Oh baby tak nangis pun masa kuar, mata dia bulat pandang keliling. Hahahahah...
Masa nurse bawa yam tu aku rasa seperti di syurga. Tetiba mulut aku kata ' i should name her as Maryam Jannah'. Hohohoho ini benar ok....Memang aku nak namakan dia sebagai Maryam, tapi nama belakang tu tak sure lagi. Sebab mil pernah cadangkan Nuruljannah. Nanti aku citerkan pasal nama Maryam lak ye. Marilah tengok gambar dulu.

Oh inilah Maryam lepas balik umah. Putih kan? Hahaha ini saje jek kasi aku kembang idung, lepas salin kulit yam gelap seh...cam cine kan?


Ni pun sama. Wat2 muka cute lak.


Dan inilah muka terasa memeluk syurga aku. Aku sangat2 gembira!