...My Prince Charming...

Lilypie First Birthday tickers

...Miss MJ...

Lilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday, December 13, 2011

Maryam @ openday Alifceria Putrajaya (Precint 16)

~ Posing bersama adik & papa sementara mama bayar bil pendaftaran ~

~ Antara ruang belajar ~

~ Dapur yang bersih ~

~ Tandas yang indah ~

~ Hasil tangan Maryam hari itu~

~ Teast mainan ~

~ Oh inilah sekolahnya! ~

~ Bannernya~

~ Kakak ceria nak g skolah ~

~ Bersama kawan2 ~

Mikail

Ini ialah Mikail, sepupu Maryam & Yusuf.

Imran @ 4.5 Months


~ Kakak & adik dengan air liur lejeh2 ~



Berat : 7.1kg

Panjang : 65cm

Lilitan kepala : 42cm

Imunisasi : -



Alhamdulillah seperti kakak, adik juga boleh mula meniarap @ 4 bulan. Cuma adik 3 hari dibelakang kakak. Heheheh...

Imran @ 3.5 Months


Berat : 6.7kg
Panjang : 60cm
Lilitan kepala : 42cm
Imunisasi : DPT(2), HIB(2) & IPV(2)

Thursday, October 6, 2011

~ Yusuf's Properties ~


i) Ikea Baby cot - Beli kat Ikea aje, the cheapest one, including the mattress and bedsheet spend dalam RM400. Beli sebab kakak tak mau tido sendiri. Kakak dulu sampai sekarang masih tido bawah ketiak mama. Malu kan dik akak adik ni. Kakak dulu tak terpikir pun nak guna baby cot. Kena la beli bagi adik tido dalam ni sebab takut akak penyek adik, kang jadi ayam penyet lak anak teruna mama.


ii) Aldo Car seat - Kakak pun dulu mama tak nak beli sebab mama breastfeed kakak jadi memang kalau travel pun kakak memang tak lepas dari ribaan mama. Mama sangat enjoy pangku kakak. Adik? Huhuhuhu takleh nak pangku lelama, sakit tulang temulang ni. Lagi plak mama bayang kalau mama nak melangok masa papa takde. So tambah tolak mama putuskan kene beli juga. Oh ini jenama Aldo, Malaysian Brand. Rarely nak dengar jenama ni tapi review kata oklah. Harga pun tak mahal, tak sampai RM300. Lebih kurang sweet Cherry tapi tak tau pasai apa mama tak nak bli sweet cherry. Will transfer the cover into Man Utd soon, InsyaAllah.


iii) Maclaren Techno XLR - tercapai juga hasrat nak beli stroller baru!!!! Yeayyyy!!! Hajat hati nak beli Quinny tapi mahal sangat kan. Dari Kakak dulu mama nak beli tapi hajat tak sampai sebab masa kakak lahir kakak dapat stroller sampai 2 bijik. Rezeki kakak murah. Sebab sebijik dah rosak tayar, n nenek request antar sebijik rumah nenek maka ada alasan nak beli yang baru. Dan yang paling baiknya mama dapat beli stroller ni dengan disakaun 50%! Even lepas diskaun pun masih agak tinggi harganya tapi mama rasa berbaloi2 dan tidak bisa menolak. Sebab orang memang beratur nak beli, maka mama dengan penuh yakin didada mintak nak beli sebijik. Hahahah perempuan ni kan kalau potongan sampai 50% memang buleh tergugat iman. Plak tu rasanya takkan jumpa kat mana2 kedai jual stroller yang akan bagi diskaun sampai 50% untuk jenama Maclaren. Sebenarnya dah hampir terlupa pasal sale kinderdijk ni, tapi sebab mama rox ingatkan n dia citer dia pun beli sebijik Maclaren, maka mama sangatlah teruja nak beli juga. BTW tq mama rox kerana berjaya mengingatkan mama untuk habiskan duit lagi. Hehehehe.... Lepas beli kakak yang test drive bukan adik. Komen papa plak 'tak laju pun' ....adeh pa ini bukan mclaren mercedes ye.
Harapnya Yusuf tak lompat keluar dari stroller sepertimana kakak dulu. Sebab tu kakak tak dapat stroller best macam adik, hehehehehe...

Wednesday, September 21, 2011

Yusuf Imran - 2nd Check-Up @ 2 1/2 Months

~ Mama with Yusuf @ Jusco Mid Valley ~

Berat : 6.1kg
Panjang : 59cm
Lilitan kepala : 40cm
Imunisasi : DPT(1), HIB(1) & IPV(1)

Alhamdulillah. Perkembangan Yusuf baik2 saja.

Friday, September 16, 2011

:Warna Warni Yusuf Imran:





Yusuf Imran @ 45 days

Berat : 5.4kg
Panjang : 55.5cm
Lilitan kepala : 39cm
Imunisasi : Hepatitis B (2)

Alhamdulillah Yusuf membesar bagai johan. Syukurlah jangan dia membesar bagai Johan rajalawak sudah. Terkejut juga berat dia dah 5.4kg, naik 2.3kg dalam masa 45 hari, panjang pula dah bertambah 7.5cm. No wonder lenguh2 pangku beliau sewaktu menyusu. Hehehehe...

Next week ada check-up lagi, harap semuanya baik2 saja buat Yusuf. :)

Saturday, August 6, 2011

~ Yang Kacak Budi Bahasa ~

Nama : Yusuf Imran Bin Ahmad Kusyairi
Tarikh Lahir : 9 Julai 2011
Masa : 4.43 Pagi
Berat : 3.072Kg
Panjang : 48cm
Cara Kelahiran : SVD
Tempat Kelahiran : Pusat Perubatan Universiti Malaya

Alhamdulillah akhirmya Yusuf Imran lahir juga setelah 39 minggu 2 hari dalam rahim mama. Syukur yang amat kepadaNya.

~ Maryam bertemu Yusuf ~

Akhirnya pada tanggal 9 Julai 2011 Maryam telah selamat menjadi kakak kepada Yusuf Imran. Maryam menerima kehadiran Yusuf dengan gembira walau mama tahu kakak sedikit sebanyak cemburukan Yusuf. Mama faham tapi Maryam kena terima dengan cool ok. Harapan mama agar kakak jadi superkakak kepada adik. Lindungi adik selamanya. Mama sayangkan kamu berdua sepenuh hati. Muah!

Wednesday, January 12, 2011

Maryam 2011...

Ini adalah gambar terbaru MJ, baru aje pagi ni. Saje pakaikan dia baju kurung, takde maknenye terkenan Anna pali ke apa ker, cuma nak cuba baju yang dia belum pakai. baju ni Ateh Masitah yang sponser, buat masa raya aritu tapi yam belum berkesempatan pakai. Kebetulan pagi ni sempat mandikan yam, maka mama sarungkan baju ini dengan memuji2 sedikit kerana takut yam tak mahu pakai. Tapi memang comel kan mj mama ni. Ateh masitah lain kali ponser lagi tau, baju yam dah tak muat dah.

Oh dan ini yam pakai wiken 2 minggu lepas ke majlis harijadi Chempaka Iman yang bertema polka dots n stripes. Nampak beg besar tu, ha yelah tu Bonda Chem kata Bonda Chem bagi yam hadiah tu sebab yam paling cantik kat majlis tu. Terima kasih ye Bonda Chem. Balik tu yam posing la camni. Dulu yam pakai baju ni kat majlis harijadi yam sendiri. Hehehehehe.

Ok lihatlah senyuman manis anak gadis saya ini. Hehehehe mulutnya juga manis, suka cakap manis2 lebih2 lagi kalau kita buat sesuatu yang bagus untuk dia. Contohnya kalau mama bagi dia tengok kartun mr.bean n upin ipin yam akan ucapkan terima kasih dengan nada manja. Buatlah apa2 saja yang bisa terharukan dirinya, dia akan mengekpresikan hati dia dengan perkataan2 yang manis. Huhuhuhu juz wonder macam saper la agaknya.

Wiken lepas mama bawa yam pergi opis, ada abang opis ni usik yam. Yam tak suka n tarik muncung.

"Uncle ada anak juga, nanti boleh tak yam jaga baby uncle?", kata uncle.

"Tak boleh", yam membantah dengan sedikit keras n jelingan tajam.

"Kenapa pulak tak boleh?", mama cuba bertanya.

"Yelah nanti kalau yam pegang baby uncle, macam mana yam nak pegang baby yam?", yam masih panas.

"Baby yam? Baby yam mana?", mama tanya lagi.

"Dalam perut mama lah!", kali ni yam memang jawab dengan bengang.

Hahahahaha aku ngan abang tadi gelak ajelah. Abang tu kata pandai sungguh yam bercakap sedangkan abang tu punya anak sama umur tapi tak petah lagi cakapnya. Alhamdulillah senang nak layan sebab dah paham yam cakap n dia dah pandai tunjuk emosi. Tapi serius nenek pun selalu suruh yam diam. Dia boleh menceceh seharian. Pening tau.

Oklah update lagi lain hari. Daaaa...

Thursday, January 6, 2011

MJ secara rasminya sudah berhenti babu....

...sejak 3 bulan yang lalu. Ya sudah tidak langsung menghisap susu badan. Alasan yang berjaya dan paling berkesan ialah baby sakit kalau Maryam babu. Baik kan kakak ni?

Alhamdulillah plan mama untuk mengandung lagi dan berhentikan MJ babu berjalan lancar. Syukur sangat. Tapi Maryam dah kata adik kuar nanti dia nak babu sama adik. Kekekekeke...

Sekarang Maryam minum susu gajah, hohohohohohoh iaitu susu friso. Enfagrow, mamil n dumex or sustagen tak boleh, yam sembelit. Friso ok2 ajelah. Kuat juga dia menyusu sekarang. Tgk tv mesti nak babu, rancangan feveret upin ipin n mr bean. Tapi syukurlah dia sudah ok membotol.

Semoga adik Maryam juga dapat babu sehingga 2 tahun. InsyaAllah! :)