...My Prince Charming...

Lilypie First Birthday tickers

...Miss MJ...

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, January 12, 2011

Maryam 2011...

Ini adalah gambar terbaru MJ, baru aje pagi ni. Saje pakaikan dia baju kurung, takde maknenye terkenan Anna pali ke apa ker, cuma nak cuba baju yang dia belum pakai. baju ni Ateh Masitah yang sponser, buat masa raya aritu tapi yam belum berkesempatan pakai. Kebetulan pagi ni sempat mandikan yam, maka mama sarungkan baju ini dengan memuji2 sedikit kerana takut yam tak mahu pakai. Tapi memang comel kan mj mama ni. Ateh masitah lain kali ponser lagi tau, baju yam dah tak muat dah.

Oh dan ini yam pakai wiken 2 minggu lepas ke majlis harijadi Chempaka Iman yang bertema polka dots n stripes. Nampak beg besar tu, ha yelah tu Bonda Chem kata Bonda Chem bagi yam hadiah tu sebab yam paling cantik kat majlis tu. Terima kasih ye Bonda Chem. Balik tu yam posing la camni. Dulu yam pakai baju ni kat majlis harijadi yam sendiri. Hehehehehe.

Ok lihatlah senyuman manis anak gadis saya ini. Hehehehe mulutnya juga manis, suka cakap manis2 lebih2 lagi kalau kita buat sesuatu yang bagus untuk dia. Contohnya kalau mama bagi dia tengok kartun mr.bean n upin ipin yam akan ucapkan terima kasih dengan nada manja. Buatlah apa2 saja yang bisa terharukan dirinya, dia akan mengekpresikan hati dia dengan perkataan2 yang manis. Huhuhuhu juz wonder macam saper la agaknya.

Wiken lepas mama bawa yam pergi opis, ada abang opis ni usik yam. Yam tak suka n tarik muncung.

"Uncle ada anak juga, nanti boleh tak yam jaga baby uncle?", kata uncle.

"Tak boleh", yam membantah dengan sedikit keras n jelingan tajam.

"Kenapa pulak tak boleh?", mama cuba bertanya.

"Yelah nanti kalau yam pegang baby uncle, macam mana yam nak pegang baby yam?", yam masih panas.

"Baby yam? Baby yam mana?", mama tanya lagi.

"Dalam perut mama lah!", kali ni yam memang jawab dengan bengang.

Hahahahaha aku ngan abang tadi gelak ajelah. Abang tu kata pandai sungguh yam bercakap sedangkan abang tu punya anak sama umur tapi tak petah lagi cakapnya. Alhamdulillah senang nak layan sebab dah paham yam cakap n dia dah pandai tunjuk emosi. Tapi serius nenek pun selalu suruh yam diam. Dia boleh menceceh seharian. Pening tau.

Oklah update lagi lain hari. Daaaa...

1 comment:

ummi mien said...

pandainya yam posing tengok camera. kalu dania, haram nak senyum ke apa ke.