...My Prince Charming...

Lilypie First Birthday tickers

...Miss MJ...

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, February 17, 2010

My Friends Tigger & ?...

Kelmarin Mak Ngah Maryam belikan belon ada gambar2 karakter dalam cerita Kartun My Friends Tigger & Pooh.

Bila mama nyanyi - 'My friends tigger n....

Maryam akan sambung - 'Poooooo....

Then mama amik belon tu dan tunjuk satu2 karakter kartun dalam citer My Friends Tigger n Pooh tu.

Mama tunjuk keldai ungu tu Maryam cakap - 'Eyooooo...

Mama tunjuk beruang debab kuning Maryam cakap - 'Poo...

Bila mama tunjuk harimau cute Maryam senyap lalu mama pun kata - ' Inilah Tigger...

Lalu Maryam sambung - 'Patttttt...

Hahahaha bukan tiga sayang, mama cakap Tigger...

Maryam ingat mama cakap tiga lalu Maryam sambung empat...

Hai anak mama...

Babap, babap, babap...

Sangat membimbangkan.

Awak akan pukul orang lately.

Papa selalu jadi mangsa.

Selain cakap 'No, no, no' kalau awak tak mahu, awak akan pukul sambil cakap 'babap, babap, babap' kalau awak tak suka.

Awak juga menggigit sebagai cara mempertahan diri, nyaris awak jadi Maryam Tyson sebab awak sambar telinga Rizzqin dengan mulut awak. Sebab mama nampak maka awak dapatlah sedas dua sambil diberi sesi kaunseling oleh Dr. mama.

Mama sedikit kesal sebab mama rasa awak ikut mama, kalau mama marah awak kan mama selalu babap awak. Sebab awak mudah sangat ikut apa orang lain buat maka inilah habuannya. Tapi yang gigit tu mama tak pasti tapi mama rasa itu tindakan refleks awak mempertahan diri sebab memang awak tak menggigit sebelum ini, mama nampak awak gigit Rizzqin secara spontan sebab Rizzqin menyakiti awak. Ye mama tahu abang Rizzqin sedikit kasar tapi awak haruslah lebih banyak bersabar ok.

Ok mama akan cuba menjadi teladan yang lebih baik kepada Maryam. Jangan nakal2 lagi, kalau tak mama babap...haih silap mama la ni, oyee...

Sunday, February 7, 2010

Etok-etok Eyyo...

Ok anak mama kene pusing kepala sikit nak tengok video ni. Ini petang tadi lepas kita balik kenduri kawin. Skarang anak mama suka nak makan telur rebus, sebenarnya lebih teruja nak kupas kulitnya aje. Dah pandai ketuk n kopek kulit sendiri dan kemudiannya bersepahlah rumah mama. Rupanya tisu tu yam nak buat lapik alas buang kulit telur. Very gud girl la you. Tapi lepas tu yam kene la ngan mama sebab yam tak makan banyak pun, bersepah saja yang lebih.

Saturday, February 6, 2010

Maryam buat apa hari ini?

Hai anak mama. Mari mama update apa yang Maryam buat hari ini dan semalam. Hmmmm Maryam tengoklah sendiri gambar2 Maryam ni ok.

Ini bukan senaman ringkas ye. Inilah aktiviti Maryam yang menyejukkan hati mama dan papa. Nampak kaki mama tu? Hahahaha tu mama tengah iron baju nak pergi kenduri kahwin, anak mama dah siap berbaju kurung, tiba2 anak mama datang amik anak tudung n tarik sejadah dan terus sujud, sujud syukur agaknya. Lalu mama panggil papa dan papa snap gambar ini. Selalu memang Maryam akan sujud kat sejadah mama masa mama solat. Takpe la Maryam baru nak belajar, pelan2 ok.
Hahaha bukanlah mama dera Maryam. Mama tahu Maryam dah lama perhati mama iron baju, Maryam tunggu masa je nak test iron mama tu. Akhirnya semalam mama tengok Maryam panjat katil n amik iron lalu buat cam iron baju. Baguslah Yam, kang tak la mama susah2 iron baju, leh suh Yam aje ironkan.

Oh ini Maryam n Cik Pai masa kita pergi mid pagi tadi, pergi jalan kaki jek, kereta mama ada problem lak. Maryam sangat enjoy bersama Cik pai. Kita teman papa beli kasut pastu mama bawak Yam pergi Pets Wonderland tengok binatang. Kita pergi cuci2 mata je, mama ingat nak shopping tapi tak sempat papa ada meeting plak. Takpelah lain kali kita jalan lagi. Oh gambar Yam duduk tu, Yam tunjuk Pets Wonderland dengan muka sangat teruja!

Oh malamnya pula ada majlis resepsi anak kawan nenek Yam, nenek masak ngan Tuk Ndak jadi kita pun pergilah memeriahkan majlis. Mula Yam pakai baju kurung tapi sebab mama tengok Yam lemas jek mama tukarkan baju ni, skali turun bawah yam menari2 atas pelamin pengantin pastu siap jadi flowergirl plak. Belasah ajelah Maryam. Lastnya pukul sebelas baru naik rumah kita tidur. Oh dah terlebih masa tu sayang, biasa awak kul 9 dah tidur, tuk malam ini saja ok-awak tahu mama sangat pentingkan masa tidur dan susu awak.
Oklah esok kita beraktiviti lagi ok. Kalau mama rajin kita pergi swimming. Ok nanti mama sambung lagi ok. Bye!