...My Prince Charming...

Lilypie First Birthday tickers

...Miss MJ...

Lilypie Fourth Birthday tickers

Saturday, January 30, 2010

1 1/2

Alhamdulillah anak mama dah berusia 1 tahun 6 bulan hari ni. Macam tak percaya pula, dari kecik tuek tu dah sampai pandai berlari macam arini. Senangnya la hati mama ada anak macam Maryam, teringat plak susah senang jaga anak mama ni sejak dulu, syukurlah papa, nenek, atuk dan makcik2 yam banyak tolong mama jaga yam. Alhamdulillah.

Dah setahun setengah ni yam makin nakal. Akal panjang sangat - ada je keletah yam buat mama senyum. Nenek pun selalu puji yam pandai, mak ngah pulak kata yam cepat pikap. Kuikuikui tengoklah yam minum susu apa kan - nangis2 mama nak susukan yam dengan susu wanita melayu ni, tak mahu susu wanita belanda, tak mahu susu mak an, tak mahu juga susu mami emas. Yam pun masih tak mahu babu botol sangat, sampai skang pun minum sikit2 jek susu membesar enfa. Kalau mama ada mama pujuk2 minum botol yam mesti tak nak. Makanya dah 18 bulan ni pun yam masih nak babu mama. Tapi mama ok je sebab mama dah ikat kontrak susukan yam selama 2 tahun. Huhuhu ada 6 bulan lagi ok! nak lebih? Tengok keadaan macam mana ok.

Memang tak senang mama nak berjaya susukan Maryam sehingga sekarang. Tapi Alhamdulillah mama nampak anugerah Allah atas usaha mama - Maryam sihat, bijak dan cerdas. Syukur sangat2. Walau letih tapi mama sangat menghargai momen2 menyusukan Maryam. Paling mama terharu setiap kali Maryam minta susu ngan mama. Maryam akan cakap "Mama babuuuu..." Permintaan yang sangat2 mencairkan hati mama.

Maryam belum boleh buat ayat. Tapi perkataan2 yam dah boleh sebut dah bertambah. Anggota badan kebanyakkannya yam dah kenal. Oh ye yam sangat mudah meniru perbuatan mama, sekali pandang aje jap lagi mama tengok yam dah buat. Skang pantang nampak mama bersiap yam mintak "iptik, iptik"Ye nak lipstik - padahal mama pakai lipgloss aje, jap g yam dah muncungkan bibir minta lipstik. Tadi mama punya blusher dah kene korek ngan yam, merah2 pipi yam, mascara pun dah dapat bukak tapi tak reti sapu mata, takut tercocok agaknya.

Belajar plak yam selalu advanced. Mama sebut satu, yam sebut 2, mama sebut A, kadang yam sebut C. Buku cerita pun yam bantai tulis, surat khabar yam siap baca sambil meniarap. Kalau dah abis conteng buku, yam conteng kaki yam plak, aritu yam conteng sarung sofa mama - memang la kene sebijik. Terus mama cancel nak beli kaler lagi. Takut abis dinding umah papa.

Makan pun yam dah ok - mama dah minta nenek stop bagi yam multivitamin with lysine tu sebab mmg yam sembelit bila makan - mungkin sebab yam terlebih zat besi n yam kurang minum air. Tapi makan kene ada kawan n kene acah sikit2, baru la yam makan banyak. Hujung minggu mama mesti masakkan sup sawi campur telur@ayam@udang. Masak kene standard n cukup rasa ok! - barulah yam makan semangkuk licin sebanyak 2 @ 3 kali sehari. Seronok memasak kalau begitu.

Maryam pandai berkawan n pandai jaga baby - hehehehe bagus anak mama. Mama ingat nak start suh nenek potty training yam, nanti senang la mama nak antar yam pergi sekolah. yam asyik sangat ngan tv n duk umah ngan nenek - mama pikir next year nak cari sekolah untuk yam. InsyaAllah - mama kene buat kajian dulu - yang mana terbaik untuk yam.

Oklah nanti mama sambung lagi ye bucuk mama. Btw happy 18 months...Luv u so much!

Monday, January 25, 2010

Mari melawat Zoo Negara

Yeay! Mama dan papa telah berjaya menyempurnakan aktiviti ke Zoo Negara bersama Maryam. Oh tapi bukan kita saja, Mak Ngah, Cik Zetti, Cik Tasha dan Cik Fikri pun turut serta. Oh sayang sekali Cik Pai kesayangan Maryam tiba2 tak mahu pergi kerana dah boring ke Zoo katanya-kuikuikui padahal dia bad mud sebab kene bangun kul 8 pagi. Apalah Cik Pai ni. Baiklah sambil mama cerita-ceriti perjalanan hari tersebut mari kita tengok gambar2 seperti di bawah. Oh kita pergi pada pagi Ahad-24 Januari 2010 - kita plan last minute sebab kebetulan papa dapat cuti, hahahah seperti biasa mama apa lagi mestilah mengisi cuti papa dengan aktiviti2 berfaedah dan bermanfaat untuk semua. Ok mari2 kita melihat gambar pula.

Heheheh inilah antara gambar perasan model rama2 mama dan Maryam. Huhuhu gila takut anak mama dengan rama2 yang dah nyawa2 ikan tu. Tapi anak mama sangat enjoy kat taman rama2 nih. Oh ye kawan2 Zoo Negara dah tambah 2 taman baru iaitu taman rama2 dan taman serangga tapi perlu bayar lebih untuk masuk ke taman2 ini.
Ini antara muka2 glamer hari tersebut. Kikikiki mama macam wanita mengandung pula nampaknya. Yam pula sangat berminat nak jolok2 rama2 yang ada.

Hahahaha ini muka macho Cik Fikri bersama binatang2 peliharaan zoo. Padahal muka Fikri sangatlah pucat ok masa bersama ular tu. Yang dengan burung tu okeylah. Yelah burung ok!
Maryam memang suka Cik Zetti, nak berkepit jek, oh mama suka gambar yam ngan cik zetti kat gambar atas nih, comel jek.

Hehehhehe inilah famili kita. Muka mama gembira sebab dapat pergi Zoo dengan dibelanja oleh papa. Maryam muka poyo sebab kena pakai topi. Hahahahaha...mesti pakai kan kalau hari panas. Oh papa nganga kat atas tu sebab nak test rahang papa sama besar tak ngan hippo yam tengok tadi. Cis sungguh papa ni...

Ni antara gambar ngan binatang peliharaan zoo. Yam cium harimau ok!

Oh ini gambar2 gila glamer yang sempat diambil.
So kawan2 kami sangat enjoy di zoo dan sedikit penat. Alhamdulillah hari cerah jadi dapatlah berjalan tanpa halangan. Kami tak naik pun keretapi yang kat dalam tu, rasa membazir pula nak naik jadi kami jalan saja sampai cik fikri merungut penat. Apalah cik fikri ni, yam ok jek siap bleh lari2 lagi.
Oh ye masuk zoo rasanya dah naik harga, last 2 years masa mama pergi masih RM15 tapi kini harganya seperti berikut :-
RM20 - Dewasa dan RM6 - Kanak2 (tidak termasuk taman rama2 dan serangga)
RM25 - Dewasa dan RM9 -Kanak2 (Termasuk taman rama2 dan serangga)
Kanak2 di bawah umur 3 tahun masuk adalah percuma - La Maryam percuma la mama!
Keretapi tu plak naik adalah RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak2.
Tips dari kami untuk anda yang nak ke Zoo Negara:-
a) Mesti pakai pakaian yang selesa dan paling penting kasut atau sandal mestilah amat2 selesa
b) Bawa air minum banyak2 - kalau nak air minuman sentiasa sejuk bawalah air mineral beku dari rumah - percayalah ia amat nyaman.
c) Boleh berkelah ok. Jadi bawalah makanan dan bekal dari rumah, jangan lupa tikar boleh buat duduk2 sambil makan. Oh ye kami bawak bekal nenek yam masak, terima kasih nenek!
d) Oh jangan lupa stroller! Kalau anak tak mahu duduk boleh jadi troli barang. Hahahaha...
e) Pergilah di waktu pagi sebab nanti dah panas tak selesa sangat nak berjalan. Oh Zoo buka jam 9 pagi ye.
f) Pergi ramai2 sangat ok dan enjoy. Hahahah mama suka sebab ramai tolong tengok n dukung yam. Kikikikiki
Dan itulah cerita mama setakat ni. Lepas ni mama nak bawa yam ke tugu negara, aquaria, taman burung, taman bunga dan banyak lagi! Yang penting kita habiskan lawatan ke tempat2 menarik sekitar KL dulu ye. K see u next time!

Thursday, January 14, 2010

Akaun - ASD & SSPN

Alhamdulillah mama dah berjaya sempurnakan pembukaan akaun bank untuk simpanan Maryam. Biarpun telah agak lewat syukurlah mama sempat sempurnakannya seperti direncana. Maka anak mama mestilah mula menabung dengan tekun dan berbelanja dengan cermat. Semalam Maryam dah ada akaun Amanah Saham Didik (ASD) dan Tabungan SSPN. Tahniah dear!
Selepas ini mama akan menguruskan insurans Maryam pula. Ya agak terlewat tapi masih belum terlambat. Harus melaksanakannya sebelum januari berakhir. InsyaAllah.

Atuk - Lambang Kegigihan Menuntut Ilmu

Salam buat buah hati mama. Moga sihat dan ceria. Maaf mama lama tak mencoret perkembangan maryam disini, maafkan mama ya. Mama bercelaru dan masih bersedih dengan pemergian atuk ibrahim maryam. Atuk dah pergi sayang, atuk dah pergi dan tak mungkin kembali lagi. Sungguh kosong rasanya tanpa atuk.
Atuk memain peranan yang penting dalam kejayaan mama, maryam. Syukur atuk itu minatnya amat mendalam dalam bidang pelajaran. Demi ilmu yang tinggi untuk kami semua atuk bergolok gadai kernanya. Mama menyaksikan segalanya, susah, senang, pahit, getir atuk dan nenek berusaha menyekolahkan kami. Syukur juga Allah mewariskan kami kebijaksanaan atuk. Ya maryam atuk itu jika berpeluang melanjut pelajaran di usia remajanya, entah universiti mana dijejaknya. Namun atuk kandas kerana kesulitan kewangan. Tapi kandas dirinya tidak bermaksud anaknya tidak boleh meneruskan cita2nya. Demi jerih perih atuk dan nenek, mama juga telah berjaya jejakkan kaki mama ke Universiti Malaya. Jadi maryam janganlah sekali2 berkata maryam tak minat nak teruskan pelajaran, memang mama akan jadi raksasa bertanduk tiga, berkepak merah saga dan bertaring dua.
Mama hanya mahu Maryam mengenang atuk sebagai lambang kegigihan menuntut ilmu - ilmu mesti dituntut tidak kira apa halangannya sekalipun. Mama lihat Maryam juga bijak budaknya dan mama akan terus berdoa agar Maryam membesar sebagai seorang johan. InsyaAllah...
Atuk kini dalam ingatan kita. Moga Allah merahmati atuk dan meletakkan atuk di kalangan orang2 beriman. Amin...