...My Prince Charming...

Lilypie First Birthday tickers

...Miss MJ...

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, July 1, 2010

My Darling is neaaaaaaaaarrrrlyyyyy 2!!!!!

This is how she looks like now. Pretty, adorable n sangat manja! Gambar ini diambil beberapa hari lepas, kami baru bangun tido, biasanya memang MJ akan dipikul mama. Bangun tido bersama MJ adalah momen2 yang mama sangat nantikan. Bila mama gerak, MJ pasti bangun dengan senyuman, dan itulah senyuman manis yang menceriakan seluruh hari mama! *Gambar ini sangat mirip kan, hahahhahahaha dengan rambut serabai, senyuman lebar n mata begitu*

Dan ini gaya seorang 'Kakak to be yang tak sanggup menyerahkan babunya'. Hahahahah ini adalah sepupu MJ ~ Namanya Muhammad Hadif Akmal. Oh jangan tak tahu mama yang beri nama ni pada baby ini, maksudnya Yang terpuji, Yang bermatlamat dan Yang Bijaksana, amik kau, Aminnnn...

Ini lagi satu gambar MJ bersama Hadif. Bila MJ pegang saja Hadif senyum lebar begini. Hadif baru 3 minggu waktu ini. Sungguh kacak Hadif ini kan. Wah sangat terasa inginkan seorang lagi cahayamata.


"Maryam nak baby?"

"Naaaak..."

"Tapi Maryam kene berenti babu sebab babu nak kene bagi baby"

"Haaaaaa, nanak....."

Habis camne?


Mama sangat tidak sampai hati nak berentikan MJ dari babu. Mungkin mama yang tak bersedia melepaskan MJ. Mama masih tiada kekuatan. Masih tak sampai hati. Masih mahu MJ menjadi baby mama walaupun MJ dah pandai cakap banyak.


"Mama nak babu mama"


Maryam semakin petah, perkataannya juga sudah bertambah dan semakin jelas sebutannya. Asyik menceceh aje, kata neneknya.


Sangat pandai mengguna perkataan 'lah' seperti>>>Takpelah, janganlah, entahlah...


Pernah sekali mama bertanya


"Maryam anak siapa?"


Dengan senyum dia memerli mama begini.


"Entahlah"

Bila mama tanya begini


"Maryam nak nasi lemak tak?"


Dia jawab dengan yakin begini.


"Takpelah, nak ipap aje"


Bagaimanalah mama tak bisa berhenti menyayangi budak manis ini?

3 comments:

ndr said...

yam akan nyanyi begini.. gee..gee..gee.. babe..babe..babe.. hahaha

semut-terbersin said...

alah nyomellnyeee yam ni..keletah sungguh!

R-B-I said...

mak semut...nanti MJ buat bday datang tau...nanti MJ jemput officially...