...My Prince Charming...

Lilypie First Birthday tickers

...Miss MJ...

Lilypie Fourth Birthday tickers

Saturday, February 6, 2010

Maryam buat apa hari ini?

Hai anak mama. Mari mama update apa yang Maryam buat hari ini dan semalam. Hmmmm Maryam tengoklah sendiri gambar2 Maryam ni ok.

Ini bukan senaman ringkas ye. Inilah aktiviti Maryam yang menyejukkan hati mama dan papa. Nampak kaki mama tu? Hahahaha tu mama tengah iron baju nak pergi kenduri kahwin, anak mama dah siap berbaju kurung, tiba2 anak mama datang amik anak tudung n tarik sejadah dan terus sujud, sujud syukur agaknya. Lalu mama panggil papa dan papa snap gambar ini. Selalu memang Maryam akan sujud kat sejadah mama masa mama solat. Takpe la Maryam baru nak belajar, pelan2 ok.
Hahaha bukanlah mama dera Maryam. Mama tahu Maryam dah lama perhati mama iron baju, Maryam tunggu masa je nak test iron mama tu. Akhirnya semalam mama tengok Maryam panjat katil n amik iron lalu buat cam iron baju. Baguslah Yam, kang tak la mama susah2 iron baju, leh suh Yam aje ironkan.

Oh ini Maryam n Cik Pai masa kita pergi mid pagi tadi, pergi jalan kaki jek, kereta mama ada problem lak. Maryam sangat enjoy bersama Cik pai. Kita teman papa beli kasut pastu mama bawak Yam pergi Pets Wonderland tengok binatang. Kita pergi cuci2 mata je, mama ingat nak shopping tapi tak sempat papa ada meeting plak. Takpelah lain kali kita jalan lagi. Oh gambar Yam duduk tu, Yam tunjuk Pets Wonderland dengan muka sangat teruja!

Oh malamnya pula ada majlis resepsi anak kawan nenek Yam, nenek masak ngan Tuk Ndak jadi kita pun pergilah memeriahkan majlis. Mula Yam pakai baju kurung tapi sebab mama tengok Yam lemas jek mama tukarkan baju ni, skali turun bawah yam menari2 atas pelamin pengantin pastu siap jadi flowergirl plak. Belasah ajelah Maryam. Lastnya pukul sebelas baru naik rumah kita tidur. Oh dah terlebih masa tu sayang, biasa awak kul 9 dah tidur, tuk malam ini saja ok-awak tahu mama sangat pentingkan masa tidur dan susu awak.
Oklah esok kita beraktiviti lagi ok. Kalau mama rajin kita pergi swimming. Ok nanti mama sambung lagi ok. Bye!

No comments: