...My Prince Charming...

Lilypie First Birthday tickers

...Miss MJ...

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, February 17, 2010

Babap, babap, babap...

Sangat membimbangkan.

Awak akan pukul orang lately.

Papa selalu jadi mangsa.

Selain cakap 'No, no, no' kalau awak tak mahu, awak akan pukul sambil cakap 'babap, babap, babap' kalau awak tak suka.

Awak juga menggigit sebagai cara mempertahan diri, nyaris awak jadi Maryam Tyson sebab awak sambar telinga Rizzqin dengan mulut awak. Sebab mama nampak maka awak dapatlah sedas dua sambil diberi sesi kaunseling oleh Dr. mama.

Mama sedikit kesal sebab mama rasa awak ikut mama, kalau mama marah awak kan mama selalu babap awak. Sebab awak mudah sangat ikut apa orang lain buat maka inilah habuannya. Tapi yang gigit tu mama tak pasti tapi mama rasa itu tindakan refleks awak mempertahan diri sebab memang awak tak menggigit sebelum ini, mama nampak awak gigit Rizzqin secara spontan sebab Rizzqin menyakiti awak. Ye mama tahu abang Rizzqin sedikit kasar tapi awak haruslah lebih banyak bersabar ok.

Ok mama akan cuba menjadi teladan yang lebih baik kepada Maryam. Jangan nakal2 lagi, kalau tak mama babap...haih silap mama la ni, oyee...

No comments: