...My Prince Charming...

Lilypie First Birthday tickers

...Miss MJ...

Lilypie Fourth Birthday tickers

Friday, September 16, 2011

:Warna Warni Yusuf Imran:





Yusuf Imran @ 45 days

Berat : 5.4kg
Panjang : 55.5cm
Lilitan kepala : 39cm
Imunisasi : Hepatitis B (2)

Alhamdulillah Yusuf membesar bagai johan. Syukurlah jangan dia membesar bagai Johan rajalawak sudah. Terkejut juga berat dia dah 5.4kg, naik 2.3kg dalam masa 45 hari, panjang pula dah bertambah 7.5cm. No wonder lenguh2 pangku beliau sewaktu menyusu. Hehehehe...

Next week ada check-up lagi, harap semuanya baik2 saja buat Yusuf. :)

Saturday, August 6, 2011

~ Yang Kacak Budi Bahasa ~

Nama : Yusuf Imran Bin Ahmad Kusyairi
Tarikh Lahir : 9 Julai 2011
Masa : 4.43 Pagi
Berat : 3.072Kg
Panjang : 48cm
Cara Kelahiran : SVD
Tempat Kelahiran : Pusat Perubatan Universiti Malaya

Alhamdulillah akhirmya Yusuf Imran lahir juga setelah 39 minggu 2 hari dalam rahim mama. Syukur yang amat kepadaNya.

~ Maryam bertemu Yusuf ~

Akhirnya pada tanggal 9 Julai 2011 Maryam telah selamat menjadi kakak kepada Yusuf Imran. Maryam menerima kehadiran Yusuf dengan gembira walau mama tahu kakak sedikit sebanyak cemburukan Yusuf. Mama faham tapi Maryam kena terima dengan cool ok. Harapan mama agar kakak jadi superkakak kepada adik. Lindungi adik selamanya. Mama sayangkan kamu berdua sepenuh hati. Muah!

Wednesday, January 12, 2011

Maryam 2011...

Ini adalah gambar terbaru MJ, baru aje pagi ni. Saje pakaikan dia baju kurung, takde maknenye terkenan Anna pali ke apa ker, cuma nak cuba baju yang dia belum pakai. baju ni Ateh Masitah yang sponser, buat masa raya aritu tapi yam belum berkesempatan pakai. Kebetulan pagi ni sempat mandikan yam, maka mama sarungkan baju ini dengan memuji2 sedikit kerana takut yam tak mahu pakai. Tapi memang comel kan mj mama ni. Ateh masitah lain kali ponser lagi tau, baju yam dah tak muat dah.

Oh dan ini yam pakai wiken 2 minggu lepas ke majlis harijadi Chempaka Iman yang bertema polka dots n stripes. Nampak beg besar tu, ha yelah tu Bonda Chem kata Bonda Chem bagi yam hadiah tu sebab yam paling cantik kat majlis tu. Terima kasih ye Bonda Chem. Balik tu yam posing la camni. Dulu yam pakai baju ni kat majlis harijadi yam sendiri. Hehehehehe.

Ok lihatlah senyuman manis anak gadis saya ini. Hehehehe mulutnya juga manis, suka cakap manis2 lebih2 lagi kalau kita buat sesuatu yang bagus untuk dia. Contohnya kalau mama bagi dia tengok kartun mr.bean n upin ipin yam akan ucapkan terima kasih dengan nada manja. Buatlah apa2 saja yang bisa terharukan dirinya, dia akan mengekpresikan hati dia dengan perkataan2 yang manis. Huhuhuhu juz wonder macam saper la agaknya.

Wiken lepas mama bawa yam pergi opis, ada abang opis ni usik yam. Yam tak suka n tarik muncung.

"Uncle ada anak juga, nanti boleh tak yam jaga baby uncle?", kata uncle.

"Tak boleh", yam membantah dengan sedikit keras n jelingan tajam.

"Kenapa pulak tak boleh?", mama cuba bertanya.

"Yelah nanti kalau yam pegang baby uncle, macam mana yam nak pegang baby yam?", yam masih panas.

"Baby yam? Baby yam mana?", mama tanya lagi.

"Dalam perut mama lah!", kali ni yam memang jawab dengan bengang.

Hahahahaha aku ngan abang tadi gelak ajelah. Abang tu kata pandai sungguh yam bercakap sedangkan abang tu punya anak sama umur tapi tak petah lagi cakapnya. Alhamdulillah senang nak layan sebab dah paham yam cakap n dia dah pandai tunjuk emosi. Tapi serius nenek pun selalu suruh yam diam. Dia boleh menceceh seharian. Pening tau.

Oklah update lagi lain hari. Daaaa...

Thursday, January 6, 2011

MJ secara rasminya sudah berhenti babu....

...sejak 3 bulan yang lalu. Ya sudah tidak langsung menghisap susu badan. Alasan yang berjaya dan paling berkesan ialah baby sakit kalau Maryam babu. Baik kan kakak ni?

Alhamdulillah plan mama untuk mengandung lagi dan berhentikan MJ babu berjalan lancar. Syukur sangat. Tapi Maryam dah kata adik kuar nanti dia nak babu sama adik. Kekekekeke...

Sekarang Maryam minum susu gajah, hohohohohohoh iaitu susu friso. Enfagrow, mamil n dumex or sustagen tak boleh, yam sembelit. Friso ok2 ajelah. Kuat juga dia menyusu sekarang. Tgk tv mesti nak babu, rancangan feveret upin ipin n mr bean. Tapi syukurlah dia sudah ok membotol.

Semoga adik Maryam juga dapat babu sehingga 2 tahun. InsyaAllah! :)

Thursday, December 30, 2010

MJ sudah 2 tahun 5 bulan...

Ya Allah lamanya tak update blog anak mama. Sampai dah jadi anak dara dah anak mama. Huhuhuhu...

Nampaknya hari ni dah genap usia MJ 2 tahun 5 bulan.

MJ pun lagi 6 bulan nak menimang adik, Alhamdulillah. Nampaknya MJ teruja, namun mama teruji dgn mabuk2 ini. Alhamdulillah MJ tak banyak kerenah dan dah banyak berdikari.

MJ sudah lama petah bercakap, penggunaan perkataannya sudah semakin luas. Walau kebanyakkan ayat dicedok dari apa yang didengarnya setiap hari, namun dia menggunakannya di tempat dan situasi yang betul. Syukur.

Oh MJ pun dah pandai tak pakai pampers, adalah sebulan dah kot. Tapi malam tido n nak g jalan2 kami pakaikan juga lagi. Hohohoohoh mama malas la nak bangun malam, lagipun mama tak rasa Maryam akan bangun bila rasa nak kencing. Hahahahha. Maryam pun pandai basuh sendiri tapi tak perfect lagi, mama rasa mcm tak bersih wlpn dia siap pakai sabun sbb nenek suruh. Tapi mama dah kata tak boleh sabun anu sbb tak elok. Sekali bila nenek suruh dia sabun dia selamba sound nenek 'mama kata tak boleh sabun!'...hahahahhahah...

Oh MJ dah pandai tulis huruf 'A'. Tapi huruf 'A'nya seperti Hantu Kak Limah. Hahahhahahaha...

Masih sedaya upaya mencari masa untuk mengajar Maryam. Wish I have more time for her.

Ok janji mama update lagi nanti! Daaaa....