Monday, September 6, 2010
MJ berhenti babuuuuu...
Maryam kata nak babuyam kalau nak botol dan nak babumama kalau nak breastfeed. Sweet sangat. Kalau mama kata mama sakit n babu darah Maryam akan mintak 'nak entel aje'...so sambil gentel dia isap susu botol. Ya Allah terima kasih kerana memudahkan semuanya bila sudah tiba masa yang mama sudah setkan untuk pemberhentian penyusuan ini. Moga di kelahiran seterusnya Kau permudahkan lagi Ya Allah. Syukran.
Thursday, July 29, 2010
Alhamdulillah...you are 2!
Inilah anak mama di usia 2 tahun. Bercakap sampai mama n nenek selalu suruh diam. Nenek panggil Maryam budak becok. Hahahahaha memang becok pun, yelah tengok la saper belah mulut dia dulu kan, dengan lidah lekuk tu lagi. 2 tahun pun mama dah pening harap2 bersopan santunlah anak mama n pandailah menjaga adab kewanitaan apabila meningkat dewasa kelak.
Buat anak mama yang tidak ternilai harganya ~ Selamat Ulangtahun ke-2 sayang! Mama sangat bangga jadi mama kepada kamu, setiap masa bersama kamu tiada siapa boleh menterjemah betapa mama menghargai dan mendakap saat2 itu. Mama berdoa moga Allah SWT memberikan kesihatan dan kecerdasan terbaik buat Maryam. Moga juga kita ada masa yang panjang bersama kerana mama tak terbayangkan bagaimana dunia mama tanpa Maryam. Luv u so much manja! Muahssssss...
Sunday, July 4, 2010
Thursday, July 1, 2010
My Darling is neaaaaaaaaarrrrlyyyyy 2!!!!!
This is how she looks like now. Pretty, adorable n sangat manja! Gambar ini diambil beberapa hari lepas, kami baru bangun tido, biasanya memang MJ akan dipikul mama. Bangun tido bersama MJ adalah momen2 yang mama sangat nantikan. Bila mama gerak, MJ pasti bangun dengan senyuman, dan itulah senyuman manis yang menceriakan seluruh hari mama! *Gambar ini sangat mirip kan, hahahhahahaha dengan rambut serabai, senyuman lebar n mata begitu*
Dan ini gaya seorang 'Kakak to be yang tak sanggup menyerahkan babunya'. Hahahahah ini adalah sepupu MJ ~ Namanya Muhammad Hadif Akmal. Oh jangan tak tahu mama yang beri nama ni pada baby ini, maksudnya Yang terpuji, Yang bermatlamat dan Yang Bijaksana, amik kau, Aminnnn...
Ini lagi satu gambar MJ bersama Hadif. Bila MJ pegang saja Hadif senyum lebar begini. Hadif baru 3 minggu waktu ini. Sungguh kacak Hadif ini kan. Wah sangat terasa inginkan seorang lagi cahayamata."Maryam nak baby?"
"Naaaak..."
"Tapi Maryam kene berenti babu sebab babu nak kene bagi baby"
"Haaaaaa, nanak....."
Habis camne?
Mama sangat tidak sampai hati nak berentikan MJ dari babu. Mungkin mama yang tak bersedia melepaskan MJ. Mama masih tiada kekuatan. Masih tak sampai hati. Masih mahu MJ menjadi baby mama walaupun MJ dah pandai cakap banyak.
"Mama nak babu mama"
Maryam semakin petah, perkataannya juga sudah bertambah dan semakin jelas sebutannya. Asyik menceceh aje, kata neneknya.
Sangat pandai mengguna perkataan 'lah' seperti>>>Takpelah, janganlah, entahlah...
Pernah sekali mama bertanya
"Maryam anak siapa?"
Dengan senyum dia memerli mama begini.
"Entahlah"
Bila mama tanya begini
"Maryam nak nasi lemak tak?"
Dia jawab dengan yakin begini.
"Takpelah, nak ipap aje"
Bagaimanalah mama tak bisa berhenti menyayangi budak manis ini?
Wednesday, June 2, 2010
Bila nenek tiada dan mama bekerja...
Nenek dah berlepas mengerjakan umrah pada ahad lepas (30/5/2010) dan mama pula akan start kerja ditempat baru pada hari selasa (1/6/2010). Nenek InsyaAllah akan balik pada rabu depan. Kesian anak mama sebab mama tak boleh amik cuti sebab mama baru nak start keje baru. Jadi papalah yang bercuti minggu ini dan menjaga MJ. Minggu depan papa kerja malam dan sebab cuti sekolah dayang2 MJ akan datang tolong jaga MJ.
Hari pertama mama kat tempat baru semuanya ok, MJ? Hahahahah memang la tak ok. Masa papa call MJ nangis meraung2, cakap ngan mama lagilah kuat raungan tu jadinya, bila mama nak letak phone n cakap 'ok bye' lagi la menjadi2 tangisan MJ. Sebak mama rasa. Jadi mama malas call lagi sebab tak nak MJ nangis. Sib baik tghr Cik Pai ada, jadi adalah rakan penghibur duka anak mama.
Mama sampai lambat 1st day tu, sampai aje ada achik n pai temankan MJ. MJ nampak je mama terus MJ depa tangan n pergi ke pintu suruh mama dukung, sedih mama rasa. Mama pun dukung n cium anak mama. Sebab mama migrain, mama mandi terus mama ajak MJ babu. Sebab anak mama baik, anak mama berhenti menyusu bila mama kata kepala mama sakit. MJ bangun n cakap kat mama "meh ma...bum ini" n ketuk2 bantal kat riba MJ untuk mama baring, pastu MJ urut kening mama, best je perasaan itu walau sakit kepala. Pastu MJ mula citer pasal karipap n nenek. Aduyai menambah sebak mama.
Second day MJ masih nangis bila mama tepon tapi keadaan dah terkawal, mama balik semalam terus MJ mintak babu. Hmmmm boleh saja, no problem.
Oklah, Time kasih banyak2 pada Papa yang jaga MJ. Tak susah kan pa? Hahahahaha...
You are already 22 Months Darling!
Ala mama ada 2 bulan aje lagi nak prepare bday awak. Mama kene start dah la buat sikit2, yelah mama baru masuk keje baru, mama gerenti mama akan bz nanti. Tapi takpe mama akan job down perkara2 yg harus mama lakukab sebelum berlangsungnya majlis itu nanti. Wah tak sabarnya mama rasa!
Ok gigi taring bawah awak pun dah nak keluar. Macam bisasa memang awak demam panas. Tapi takpe kan awak tak la demam selalu cuma bila nak tumbuh gigi je, bagus la kan maksudnya imun awak ok cuma kalah pasal tumbuh gigi jekl. Takdewlah mama nak berulang alik g klinik every month kan. Alhamdulillah, berkat susu ibu!
Perkembangan bercakap awak pun ok, dah boleh buat ayat taklah awak sebut satu perkataan je memanjang. Awak dah pandai suh itu ini, copycat kelakuan orang masih lagi maju kedepan. Kadang bila awak bercakap mama gelak je. Awak slalu cakap begini:-
"Ma, ini jap!"
"Pai, meh, meh"
"Pa, ukak intu jap"
"Nak ingok, nak ingok"
"Tak uat"
"Mayamnye..."
Awak pun dah boleh main shapes puzzle tu dengan laju, awak dah kenal shapes mana satu lubangnya. Awak pun dah pandai kira 1 sampai 10. Kiraannya begini...
" Atu, uwe, ige, impat, ime, inam, ujuh, apan, ilan, uluh"
Hahahahahha pandai anak mama.




