...My Prince Charming...

Lilypie First Birthday tickers

...Miss MJ...

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, January 12, 2011

Maryam 2011...

Ini adalah gambar terbaru MJ, baru aje pagi ni. Saje pakaikan dia baju kurung, takde maknenye terkenan Anna pali ke apa ker, cuma nak cuba baju yang dia belum pakai. baju ni Ateh Masitah yang sponser, buat masa raya aritu tapi yam belum berkesempatan pakai. Kebetulan pagi ni sempat mandikan yam, maka mama sarungkan baju ini dengan memuji2 sedikit kerana takut yam tak mahu pakai. Tapi memang comel kan mj mama ni. Ateh masitah lain kali ponser lagi tau, baju yam dah tak muat dah.

Oh dan ini yam pakai wiken 2 minggu lepas ke majlis harijadi Chempaka Iman yang bertema polka dots n stripes. Nampak beg besar tu, ha yelah tu Bonda Chem kata Bonda Chem bagi yam hadiah tu sebab yam paling cantik kat majlis tu. Terima kasih ye Bonda Chem. Balik tu yam posing la camni. Dulu yam pakai baju ni kat majlis harijadi yam sendiri. Hehehehehe.

Ok lihatlah senyuman manis anak gadis saya ini. Hehehehe mulutnya juga manis, suka cakap manis2 lebih2 lagi kalau kita buat sesuatu yang bagus untuk dia. Contohnya kalau mama bagi dia tengok kartun mr.bean n upin ipin yam akan ucapkan terima kasih dengan nada manja. Buatlah apa2 saja yang bisa terharukan dirinya, dia akan mengekpresikan hati dia dengan perkataan2 yang manis. Huhuhuhu juz wonder macam saper la agaknya.

Wiken lepas mama bawa yam pergi opis, ada abang opis ni usik yam. Yam tak suka n tarik muncung.

"Uncle ada anak juga, nanti boleh tak yam jaga baby uncle?", kata uncle.

"Tak boleh", yam membantah dengan sedikit keras n jelingan tajam.

"Kenapa pulak tak boleh?", mama cuba bertanya.

"Yelah nanti kalau yam pegang baby uncle, macam mana yam nak pegang baby yam?", yam masih panas.

"Baby yam? Baby yam mana?", mama tanya lagi.

"Dalam perut mama lah!", kali ni yam memang jawab dengan bengang.

Hahahahaha aku ngan abang tadi gelak ajelah. Abang tu kata pandai sungguh yam bercakap sedangkan abang tu punya anak sama umur tapi tak petah lagi cakapnya. Alhamdulillah senang nak layan sebab dah paham yam cakap n dia dah pandai tunjuk emosi. Tapi serius nenek pun selalu suruh yam diam. Dia boleh menceceh seharian. Pening tau.

Oklah update lagi lain hari. Daaaa...

Thursday, January 6, 2011

MJ secara rasminya sudah berhenti babu....

...sejak 3 bulan yang lalu. Ya sudah tidak langsung menghisap susu badan. Alasan yang berjaya dan paling berkesan ialah baby sakit kalau Maryam babu. Baik kan kakak ni?

Alhamdulillah plan mama untuk mengandung lagi dan berhentikan MJ babu berjalan lancar. Syukur sangat. Tapi Maryam dah kata adik kuar nanti dia nak babu sama adik. Kekekekeke...

Sekarang Maryam minum susu gajah, hohohohohohoh iaitu susu friso. Enfagrow, mamil n dumex or sustagen tak boleh, yam sembelit. Friso ok2 ajelah. Kuat juga dia menyusu sekarang. Tgk tv mesti nak babu, rancangan feveret upin ipin n mr bean. Tapi syukurlah dia sudah ok membotol.

Semoga adik Maryam juga dapat babu sehingga 2 tahun. InsyaAllah! :)