...My Prince Charming...

Lilypie First Birthday tickers

...Miss MJ...

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, January 14, 2010

Atuk - Lambang Kegigihan Menuntut Ilmu

Salam buat buah hati mama. Moga sihat dan ceria. Maaf mama lama tak mencoret perkembangan maryam disini, maafkan mama ya. Mama bercelaru dan masih bersedih dengan pemergian atuk ibrahim maryam. Atuk dah pergi sayang, atuk dah pergi dan tak mungkin kembali lagi. Sungguh kosong rasanya tanpa atuk.
Atuk memain peranan yang penting dalam kejayaan mama, maryam. Syukur atuk itu minatnya amat mendalam dalam bidang pelajaran. Demi ilmu yang tinggi untuk kami semua atuk bergolok gadai kernanya. Mama menyaksikan segalanya, susah, senang, pahit, getir atuk dan nenek berusaha menyekolahkan kami. Syukur juga Allah mewariskan kami kebijaksanaan atuk. Ya maryam atuk itu jika berpeluang melanjut pelajaran di usia remajanya, entah universiti mana dijejaknya. Namun atuk kandas kerana kesulitan kewangan. Tapi kandas dirinya tidak bermaksud anaknya tidak boleh meneruskan cita2nya. Demi jerih perih atuk dan nenek, mama juga telah berjaya jejakkan kaki mama ke Universiti Malaya. Jadi maryam janganlah sekali2 berkata maryam tak minat nak teruskan pelajaran, memang mama akan jadi raksasa bertanduk tiga, berkepak merah saga dan bertaring dua.
Mama hanya mahu Maryam mengenang atuk sebagai lambang kegigihan menuntut ilmu - ilmu mesti dituntut tidak kira apa halangannya sekalipun. Mama lihat Maryam juga bijak budaknya dan mama akan terus berdoa agar Maryam membesar sebagai seorang johan. InsyaAllah...
Atuk kini dalam ingatan kita. Moga Allah merahmati atuk dan meletakkan atuk di kalangan orang2 beriman. Amin...

No comments: