...My Prince Charming...

Lilypie First Birthday tickers

...Miss MJ...

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, August 5, 2009

Maryam Touches One Party - Part 2

Bertemakan merah dan hitam, majlis petang itu berlangsung dengan indah sekali. Kagum dengan tetamu yang datang bersungguh2 menepati tema yang mama tetapkan. Cuma nenek berbaju hijau ok! Takpelah namapun nenek Maryam-kenalah lain sikit. Jadi marilah melihat gambar sambil membaca cerita tulisan mama seperti di bawah.

Oh ini adalah gambar sepanjang penyampaian hadiah yang sungguh havoc sekali. Mama selaku pengacara dengan perlantikan diri sendiri melantik pula nenek dan mak lang maryam selaku tukang sampaikan hadiah. Sebab mama nak majlis ini meriah dan disukai kanak2 maka mama adakan pertandingan mewarna 2 peringkat iaitu untuk umur 6 tahun ke bawah dan 12 tahun ke bawah. Then ada juga teka gula2 serta baju tema terbaik untuk baby dan dewasa. Nampak makcik amik hadiah besar tu? Aaaa itulah pemenang kategori dewasa berbaju tema terbaik-tahu kenapa makcik ni menang? Sebabnya kebetulan makcik ni pakai baju tu masa nak pergi kenduri tengahari tu lalu depan umah - mama cakap kat dia jangan lupa datang pakai baju tu sebab memang menepati tema, skali memang makcik tu tak tukar baju n datang - apalagi mama pun bagi la dia sebab dia komited tu ikut cakap mama - Hahahah rezeki. Oh untuk kanak2 pemenangnya ialah cik chempaka kita - tapi dia dah balik masa tu. Jadi tiadalah gambarnya ye...Oh sebab Mak Kocek ni ada ilmu teka gula2 maka dia menang peraduan teka gula2, kesemuanya ada 94 biji. Hehehe tapi Mak Kocek bising pasal hadiahnya ialah sebalang gula2 itu sendiri. Oh lupa ada juga peraduan besday girl - iaitu soalan2 pasal Maryam Jannah - Ada 10 soalan semuanya, cis sungguh takde yang jawab semua betul, paling hebat pun salah satu. Makanya cik zeti n mak kocek seri betul 9/10 tapi hadiah diberi kepada cik zeti saje sebab cik zeti lebih kecil berbanding mak kocek. Heheheh sori mak kocek.

Dan inilah antara tetamu yang hadir. Thank guys...u all really rock the day. Komitmen korang dalam menepati tema amatlah dihargai...Muahhhhhhhhh! Gracias everybody!!!!

Ini juga tetamu sepanjang majlis berlangsung. Serius sangat terharu dengan kedatangan semua memeriahkan suasana. Khas untuk anak mama Maryam Jannah - This is the best mama can do for u dear. Hope u remember it dan terharu bila membacanya suatu masa nanti!

Dan inilah princess mama dan keknya. Kek ini sponsored by mak lang n mak ngah. Terima kasih mak ngah n mak lang. sedap sekali kek eskrem ni. Harap diharijadi akan datang mak lang dan mak ngah boleh sponsor lagi. Once again Happy Birthday princess!!!!

No comments: