...My Prince Charming...

Lilypie First Birthday tickers

...Miss MJ...

Lilypie Fourth Birthday tickers

Sunday, December 27, 2009

Password

'Kenapa nangis? Maryam nak apa?'

'Babuuuuu....'

Tangan selak2 baju mama.

Ye, babu itu ialah nak susu badan.

Nenek pun dah tahu password mama dan maryam.

Kantoi.

Maryam

Maryam terima kasih kerana kebelakangan ini baik2 saja. Seperti Maryam faham kesulitan mama, Maryam meneman mama setiap masa. Oh maaf mama yang mengheret Maryam ke mana2, sementelah ke hospital menjaga atuk juga. Bukanlah mama tak pentingkan keselamatan dan kesihatan anak mama - tapi siapalah yang lebih bisa melindung Maryam sehebat perlindungan mama. Walau mama takkan bisa menumbuk si rina, tapi mama pastilah sekuatnya berusaha.
Alhamdulillah Maryam dah kembali ceria, makan juga dah bertambah hebatnya, mengunyah juga tak kira masa, tersenyum tersengih mengada-ngada, mama bersyukur ke hadrat-Nya. Moga dilimpah rezeki dan kurnia, kesihatan dan keselamatan dan sentiasa gembira.
Maryam mama, jangan sakit2 lagi ya!

Saturday, December 5, 2009

Cerita :(

Sigh. Tak tahu camne nak mula, satu cerita yang panjang dalam diari kehidupan anak mama. Masa mama tulis ni anak mama sedang tidur ngan papa. Dah masuk hari ketiga kita kat PPUM ni. Tak nampak lagi jalan keluar. Pada mama, mama tak kisah keluar atau stay lagi kalau itu kata doktor. Yang penting anak mama mesti dikenalpasti punca sakitnya. Tadi dr kejutkan mama yang sedang susukan MJ dan kata dr itu ;

" Sebab MJ masih cirit birit, dr akan continue bagi antibiotik masuk ikut tangan, tak boleh bagi yang makan sebab takut cirit birit akan jadi bertambah buruk. So kita kena monitor lagi, ubat untuk infection lain belum boleh bagi sebab result air kencing n najis belum keluar lagi"

Maksudnya kita akan stay lagi...

Gambar ni sebelum MJ masuk wad. Anak mama memang kuat dah muntah sepanjang malam pun masih boleh main tapi start flat jam 4 petang. Maryam dah lemah n tertido sendiri. Setelah mama research pasal muntah, sembelit dan kesan2nya, haruslah mama risau pasal hidrasi yang melanda Maryam. Maryam start muntah jam 1 tgh malam sampai pagi, mama memang langsung tak tido malam itu. Cadar memang habis kesan muntah saja, baju pulak ada la 5 kali bertukar. Awak susu je muntah, susu lagi muntah. Paginya mama bawak pergi klinik pakar kanak2 koe, dia bagi ubat tahan muntah, malanglah awak muntah juga sampai 5 kali. Tanpa berlengah mama menelefon papa menyuruh papa pulang dan kita pun menuju ke PPUM.

Setelah mama cerita panjang lebar, dr kata MJ patut kene masuk air. Hohohohohho tengoklah tangan ultromen MJ, punyalah struggle dr2 nak cucuk tangan MJ. Mama n papa tak tengok, kena duk luar sebab MJ nangis2 dengan hebat sebab MJ tahu dr nak sakitkan MJ. Oh sorry mama juga teremosi dan menangis juga. Mestilah mama menangis sebab MJ kan kesayangan mama.

Inilah MJ sepanjang di PPUM.



Nanti mama sambung kenapa MJ jadi begini ok.

Monday, November 30, 2009

Chapter 16

Selamat bertambah bulan mj! Inilah awak dihari ini.

Awak bangun tido n tersipu2 malu bila mama nyanyikan lagu 'Happy Birthday to you'. Dah mandi n bersiap kita pergi klinik Dr.Koe untuk check pasal sembelit awak. Skang nak kuar ngan awak kene luang sedikit masa untuk dandan rambut awak tu. Kan ada beza rambut serabai awak bila bangun tido ngan nak g jalan.


Ini selepas awak menangis2 berak sembelit lepas mama bagi ubat. Sebab mama dah niat bershopping maka kita pun menuju jalan ke mid bersama Ateh. Sorry to say awak ni memang shopaholic. Pening mama & Ateh nak jerit2 marah awak pilih baju. Serius awak dah tau apa itu shopping. Sib baik kita g reject shop je. Siap nak bawak beg shopping sendiri ok!

Dah penat shopping inilah habuannya. Lagi pening ok! Cubalah awak minum susu begini!

Tuesday, November 24, 2009

Ada apa dengan sup sawi?

Entah mama pun tak tahu la taste MJ macam mana. Susah sangat nak'fit' selera MJ. Tapi lately mama cuba test betul tak MJ suka makan sup sayur sawi ni, dan nampaknya benarlah sup sawi ni kene ngan tekak MJ. Hehehehe selera senang aje anak mama ni rupanya. Nenek punyalah penat masak sup ikan merah, sup ketam, sup ayam rupanya yam suka sup sayur sawi je nenek.
Since weekend mama masakkan sup sawi tuk MJ, balik keje pun papa suh mama buatkan lagi tuk MJ makan. Alhamdulillah MJ makan dengan enjoy n nak suap sendiri, satu2 yam amik sayur sawi tu ngan jari n suap ke mulut - hohoho buat sawi cam popcorn, tapi baguslah kan. Nenek tak suka sangat biarkan yam makan sendiri, kata nenek nanti kat rumah orang susah sebab nanti sepah. Tapi mama berpendapat sebaliknya - practice make perfect kan? Berlatihlah makan sendiri - bersepah mama boleh kemaskan cuma ngan nenek mama tak boleh la tolong kan. Lagipun kata orang biarkan budak makan sendiri mereka akan lebih kenyang sebab mereka tahu kehendak mereka. Lagi pulak MJ selalu kene paksa makan - tak elok begitu mama kira.
Papa kata ok cara mama layan MJ makan sebab mama encourage MJ dengan cara mama - dan sabar layan n tunggu MJ makan.Hahahahah sabar la sangat mama ni kan - kena la jugak setepek dua kalau mama bengang.
Apa2pun mama akan membeli sawi setiap hari untuk MJ-hahahahah makan sampai chubby sikit ok. Nanti MJ ajar sikit papa makan sayur - papa MJ tu elergik ngan sayur ok, jangan harap dia nak makan sayur berdaun hijau ni. Sib baiklah awak tak elergik begitu. Bagus gud girl mama!

Wednesday, November 18, 2009

Gaya mesti lebih!

Gambar ni mama amik pagi tadi. Gaya awak memang lebih, besar nanti mesti kena pandai n rajin belajar tau. Mama nak MJ jadi doktor. Ok, ok terlalu awal nak pressure awak. Takpe suka hatilah nak jadi apa tapi mesti yang berguna. Oh tak mau jadi QS ok, cukuplah mama saja. Tapi mama tahu MJ mama akan jadi somebody! Berusahalah!

Si Manis 15.5

- MJ Jo with Papa -
Seperti biasa papa akan mms mama gambar awak di bawah jagaan papa. Gambar awak ni papa mms mama semalam. Mama rasa awak sangat2 manis dan gembira dalam gambar ni. Tapi macam biasa rambut serabai - mama kira ini trademark papa la. Bila mama komen pada papa awak sangat comel dan gembira dalam gambar ni, komen papa adalah begini :-
' Papa jaga mestilah happy'
Sedikit berlagak mama kira.