Dear Maryam,
Alhamdulillah mama dah berjaya daftarkan kakak ke prasekolah pilihan mama, creative-english islamic preschool. Start 4/1/2012 secara rasminya mama dah tinggalkan kakak kat sekolah n taska. Kakak tak lagi duduk dengan nenek. Alhamdulillah juga kakak tidak langsung menangis! malu mama nak cakap yang mama menangis masa tinggalkan kakak. Hmmmm mama sangat2 terharu anak mama dah besar dan dah sekolah. Dan lagi mama sedih sebab mama tinggalkan kakak pada cikgu2 kakak n mama kene percayakan mereka. Selama ni nenek jaga kakak dengan sangat baik jadi mama sangat risau keadaan kakak yang terpaksa bercampur dengan kawan2 lain. Mama takut kakak rasa tersisih sebab selama ni semua perhatian adalah terarah kepada kakak.
Ok jadi mari mama tunjukkan kakak, aksi2 kakak di sekolah ye. I am so proud of you darl!

Ini kakak lepas seminggu kat sekolah. Ceria n seronok kat sekolah. Hari2 pun tanya sekolah ke tak even on weekend. Sabar ajelah mama. Harap2 Maryam akan terus mencintai sekolah n sekolah rajin2 ye kakak.

Oh ini BFF kakak! Zaraa namanya. Sangat comel dan lebih banyak mulut dari Maryam. Yang kagumnya beg Zaraa sama dengan Maryam! heheheheh bukan itu aje, masa birthday drg yang kedua mereka pakai dress yang sama! Sedangkan mereka baru saja berjumpa. InsyaAllah mereka akan jadi BFF dan harap mama juga dapat kawan dengan mama Zaraa forever. Seronok jumpa mama yang juga excited and commited dengan anak yang baru masuk preschool. Hahahah mengalahkan anak nak masuk U perasaan itu.

Oh ini kakak otw g school. Sebab kita travel from Bangsar to Putrajaya makanya mama kena jaga mood kakak. Hari pertama n sampai seminggu mama kasi kakak tgk cerita pilihan kakak kat youtube sepanjang perjalanan. Nasib baik la internet connection sepanjang mex highway adalah terbaeeekkkk.
Pagi2 plak mama dukung bawak kakak g bilik air n mandi air panas n siapkan kakak. Sarapan selalu kita beli aje kat kedai. Kakak ok tak banyak songeh. Sayang kakak.

Dan ini tagline Alif Ceria - Let kids be kids. Which i like! Penting ye untuk kanak2 jadi kanak. Heheheh walaupun mama kadang2 terlebih layan kakak macam remaja. Hihihihi.

Dan ini hari pertama di sekolah. Sebab kakak belum dapat uniform maka mama pakaikan kakak baju kurung saja, supaya kakak nampak cute n sedikit formal. Masa ni dah cabut tudung dah. Alhamdulillah kakak behave sangat2. Kakak tak pot pet pun, kakak senyap n tersipu2 malu aje.

Inilah kakak pagi hari pertama sekolah. Macam mak nenek, hehehehehe.
Ok kakak semoga kakak seronok dan sekolah pandai2. Setakat hari ini Alhamdulillah english kakak dah makin banyak words. Syukur. Harapan mama moga sahsiah n moral kakak terbentuk indah disini. InsyaAllah. :)