Aku plan nak buat besday Maryam adalah sebulan sebelum majlis kot, tapi nak melaksanakan dan memulakan langkah tu agak lambat. Sudahnya 1 minggu sebelum baru aku terhegeh2 bersengkang mata buat semua...boleh kata rancangan tu banyak tapi sebab tak sempat aku cuma sempat jayakan 80% dari idea asal aku. Tapi secara keseluruhannya matlamat aku tuk semua tetamu khasnya kanak2 bergembira memang tercapai.
Sebelum aku bercerita lebih lanjut mari kusoksek kan satu cerita, hehehe nak ngumpat2 skit. masa aku tengah dok lepak di satu senja bersama amad terchenta dan maryam tersayang, tetiba amad kata ada pesanan dari ibu mertuaku. Hohohoho nebes lak, hahahah cam tak biasa jek. Amad kata ibu kata buat besday maryam jangan la over sangat, gudi beg pun buatlah biasa2 jek, jangan nak bertanding-tanding, kang orang kata berlagak plak. Hah? apa ni, mengapa kata begini? apsal lak takleh wat gudi beg over? ala tak syiok la...hatiku meronta berkata-kata. bila dah ngomel2 n protes2 ngan amad barulah kutahu mengapa ibu berpesan sedemikian. Kononnya aku ni buat benda semua macam nak fight ngan kawan2 saper lebih hebat dan kononnya semua kawan2ku ini berlagak. haih nyampah la plak aku ngan kenyataan ini.
Di sini aku nak buat pembetulan ok. Selama ini paling aku fahami sikap aku sendiri ialah aku tak suka nak ikut apa orang buat dan aku cukup tak suka kalau satu masa tu satu trend naik dan aku ikut. Contoh skang orang duk sibuk pakai tudung ikin, tapi aku jenis kalau dah ramai sangat pakai aku memang takkan amik peduli pon. So bila mil cakap jangan nak ikut2 orang n nak fight2 aku rasa, oh tak betul tu,tak betul.
Apa yang aku lakukan selama ini, i.e. party tuk papa maryam adalah sebagai tanda kasih aku pada dia. Dan kalau tuk papa yam ada takkan tuk yam takde kot?. Gila ko, anak 1st mesti la aku excited gile nak buat. tambah plak aku kecik2 dulu mana ada wat party2 atau potong2 kek, yelah aku orang susah, mana la nak ingat wat benda2 camni (but i never regret, i luv my parents so much!) Alah selama ni aku memang selalu pun buat apa2 over tuk yam, kalau party tak over cam pelik jek. hahahaha. It's all about kasih sayang dan rasa patut dan mahu sonok2 saje. takde maknanya nak fight2 ngan kawan2 party saper lebih hebat. Alah kenyataannya pun kalau dah nama party anak ujie n amad tambah plak ngan title cucu kepada nenek yah n atuk taib, korang caye ke boleh tak over? Takde maknanya, kalau tak over bukan la keturunan cik yah taib ok! Dan kalau aku nak over n berlagak pun, suka ati aku la, ada aku pinjam duit kawan2? Paling kurang pun mintak nenek yam @ makcik2 yam sponsored jek...diaorang pun mesti la ngan rela hati bersetuju.
Oklah stop la ngan citer2 tak musim tu. So mari aku update skit2 dulu citer2 semasa melakukan persediaan untuk majlis Maryam ni.
No comments:
Post a Comment