...My Prince Charming...

Lilypie First Birthday tickers

...Miss MJ...

Lilypie Fourth Birthday tickers

Saturday, November 14, 2009

Buat MJ mama...

Buat MJ mama...
Mama memang nak tukar keje kat lain. Lepas bos mama seperti rendahkan kredibiliti mama hari tu, mama memang tekad nak pergi secara serius. B4 kejadian tu mama memang dah lama nak cari kerja lain, tapi tak serius.
Sebenarnya mama nak duk jek rumah jaga MJ, tapi awak tahulah bukan senang nak hidup kat dunia ni kalau takde duit. Macam chem bonda dia dah berenti kerja tapi still kene berniaga cari duit. Nantilah besar nanti awak akan tahu nilai duit tu- bukan setakat rasa syok hulur kat orang jual tu macam awak selalu nak buat bila kita g kedai atau pasar malam.
Mama just nak ingatkan awak tentang hal yang satu ini, betapa mama memikir dan mendahulukan awak dalam nak buat apa juga. Mama mengingatkan agar awak tak ingkar cakap mama n papa.
Khamis lepas mama dapat interview, private company bukan gomen. Tempatnya kat taman melawati, serius jauh dari rumah kita. Tapi mama pergi juga untuk melihat macam mana keadaannya. Sekalinya sangat jauh ok - tak jauh sangat la tapi jam buat mama rasa Ya Allah, tak sanggup la kalau begini. Malam sebelum interview, kita bertiga pergi survey jalan, sian awak tak selesa tido dalam kereta, nak baring bebas macam atas katil. Esoknya papa teman mama.
So interview berjalan lancar, mulanya interview pertama dan nanti akan disusuli interview kedua, tapi interview kedua tu berjarak hanya 1 jam. So mama minum dengan papa.
Interview pertama mama jumpa 2 orang, sorang pakcik akaun n sorang lagi pakcik teknikal, akaun kerek sikit, teknikal sangat tenang. Kasual saja sesi soal jawabnya - tentu sekali mereka tanya pasal awak. Dan seperti biasa mama menjawab dengan senyum sebab awaklah kebanggaan mama.
Dan sesi kedua mama one-by-one ngan big bos saja, sejam juga sesinya. Kali ini mama lebih jelas dengan demand jika mama kerja disini. Bos ini tekankan mama perlu deal ngan macam2 jenis orang yang kerenahnya kadang kala akan memeningkan -dan itu mama tau dan aware, memang jadi qs itu macam side ordernye. Dan dia juga kata perlu stay hingga sedikit lewat, dan perlu kerja lebih masa - ini mama memang terlebih aware, off course la jadi qs kalau tak stay itu something wrong la tu. Dan mama rasa mama masih mampu terima itu.
Dan akhirnya dia kata perlu outstation! Kerana projek2nya banyak diluar kawasan KL n Selangor. Masa itu mama terus pikirkan awak. Dan bos tu cakap kadang2 dia hantar orang dia g outstation sampai 1 minggu. 1 minggu????!!!! Hah gila ker apa nak suh mama tinggal awak sampai 1 minggu? Oh tidak2, tak mau2. Masa tu memang mama terkedu, memang tak cakap boleh ke tak ker, memang la muka mama jelas tak rela begitu. Dari lahir sampai sekarang tido awak di bawah ketiak mama - tak pernah gagal. Mula2 mama dah suka dengan opis ni, dengar bos ini terangkan kerja2 yang akan mamatempuhi, mama nampak prospeknya, gaji mama juga lumayan. Tapi bila sampai kat part outstation, semangat mama terbang entah ke mana. dari awal mama tahu mama akan berjaya dalam temuduga ini - tapi bila sampai part outstation hati mama berbelah bagi dan merasa oh tidak aku tak sanggup!
Akhirnya esoknya jawapan diberi, mama tidak berjaya setelah mereka berbincang dan memutuskan mama tak layak untuk menyertai mereka, mama tak tanya kenapa cuma kata ok saja. Mama rasa released sebab mama tak perlu tinggalkan MJ, tapi sedih kerana mama direject... tak seronok rasa kene reject, takde sape yang suka. Walau mama memang akan tolak jika dapat-lebih seronok jika kita yang reject orang dan bukan orang reject kita.
Moralnya cuma mama nak bagitau MJ yang mama dah jalankan tanggungjawab mama dalam besarkan MJ, memang mama direject tapi dari awal lagi mama dah putuskan untuk tolak kalau mama dapat kerja ini -semuanya kerana MJ - kerna mama rasa Mj lebih perlukan mama. Tak mengapa mama rasa benci di tempat kerja sekarang asal mama pulang kerumah mama masih dapat mendakap MJ dan takkan biarkan MJ tido dengan orang lain selain mama n papa. Semuanya MJ...harap bila besar nanti jika MJ terpaksa buat keputusan begini - MJ tetap sempurnakan mana yang hak untuk mama n papa. InsyaAllah Maryam Jo!

No comments: