...My Prince Charming...

Lilypie First Birthday tickers

...Miss MJ...

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, August 5, 2009

Lahirnya syurga...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Dengan izinNya lahirlah seorang anak yang kami namakan sebagai Maryam Jannah. Maryam itu bermaksud yang tinggi/bermutu dan Jannah itu adalah syurga. Jika digabung ia bermaksud syurga yang tinggi/bermutu.

Mari kuceritakan detik2 kelahiran Maryam Jannah.

Sebenarnya aku dah cuti 15 hari awal sebelum lahirnya Maryam. Semuanya sebab aku kuar tanda lepas jalan2 g shopping ngan Papa n Cik Pai. Sebab aku ni dijadualkan kene ceaser, maka aku dinasihatkan agar ke hospital. Dari awal aku dah decide nak bersalin kat PPUM, jimat kos n dekat dengan rumah, nanti kalau sedara mara nak datang senang sikit kan. Oh aku nak kene ceaser sebab Maryam ni dari dalam perut lagi dah nakal, dia duk songsang na.

Tapi Alhamdulillah, Allah itu maha kuasa dan Maha mengetahui. Dia tahu aku tak mahu ceaser, jadi kuar tanda ini satu petanda baik. Aku masuk hospital juga malam kuar tanda tu. Mil dah packing semua barang bersedia jika aku melahirkan. Masa g PPUM tu dah kul 10 malam kot, masa disoal siasat oleh doc, tetiba doc tanya nak try tak pusingkan Maryam sebab ini kelahiran sulung, kalau boleh biarlah melahirkan secara normal. Eh jika boleh cuba, apa salahnya kan, manalah tahu aku boleh beranak normal.

Maka selepas bersetuju doc pun mencuba. Kata doc percubaan maksimum hanya 3 kali dan jika sakit aku boleh minta berhenti. Aku senyum jek, sebab yelah masa tu mana ada rasa nak beranak kan. Kalau tak mahu aku golek2 sambil jerit2. Hahahaha. So doc cuba, lepas abugit (ala mcm street fighter tu) dia scan tengok, dia confident kata yam dah pusing. Skali yam tetap camtu gak, 3 kali abugit, 3 kali tak berjaya, sebab aku tak sakit doc nak cuba kali keempat. Hohohooo yeeeayyyy, Alhamdulillah kali keempat kami berjaya. Sib baik doc melepasi tahap max itu, kalau tak bedah jugalah seorang aku.

So malam tu aku warded. Tunggu sakit la konon. Skali sampai esoknya tak sakit2 juga. Maka abis check petangnya aku bleh kuar spital. Yang best doc bagi cuti sampai 9 hari, makanya duk la umah, siap sambung cuti lagi tu.hahahaha...

Cuti punya cuti tak bersalin2 gak. Last check-up aku adalah pada 30 July 2008. So pagi tu b4 g spital makan nasi lemak n minum milo dulu. Aku pernah baca ada sorang kakak ni kata minum milo nanti senang beranak. Yang aku tahu senang berak ye la. Hahahahaha...masa makan tu aku cakap kat Papa bontot aku rasa sakit2 sikit...

Masa check-up pun doc kata aku akan rasa sakit2 camtu sampai la aku beranak. Siap kata kalau nak cepat beranak buatlah hubungan ngan suami. haih nak tumbuk jek muka doc tu masa tu. Nyampah tengok dia yang muka yakin berkata demikian. Pas cek aku pun pulang nkata kat Papa aku nak rehat n kalau papa nak turun tolong pakcik dia jual durian, bawak skali budak2 yang mil jaga sebab aku nak rehat. Maka aku pun tidolah sementara semua orang turun bawah jual durian.
Ok tiba masa aku rasa kesakitan itu. Ho ho ho....sakit???? mana la ada orang nak beranak tak merasai kesakitan itu. Cuba bayangkan ko nak masukkan sebiji tembikai dalam straw. Mampu tak? kalau jus tembikai ok la, ini sebijik tembikai! Bayangkan! Subhanallah!

Aku sakit2 start kul 12tghr. Rasa jap2 punggung cam ngilu2 je, sebab ngantuk aku tido-sakit-tido-sakit. Tapi masa tu tahan lagi sampailah rasa nak kencing...makanya g la toilet. Skali ko kat pantyliner aku dah ada fresh blood. ock ooooo....takutnya....masa tu aku dah nangis2 dah...contraction dah makin kerap...sakit woooo....
Lalu aku pun tepon papa suh naik n bawak aku g spital, masa tu sempat lagi aku bebel2. Tak lama aku letak tepon terdengar derapan kaki yang berlari pantas menuju umah. Hahahaha suami aku rupanya cuak nak selamatkan aku yang nak beranak. Kikikiki dalam hatiku gelak walaupun mata berair2 tahan sakit.
Makanya menujulah ke PPUM, masa tu azan Zohor dah berkumandang dah. Jalan jem la skit sebab lunch hour kan. Masa tu jangan cakap la, memang teserlah kecemberan aku menangis tahan sakit. Yang klakar masa nak naik wad tu papa leh tanya 'sakit lagi tak?' hahahaha memang la nak kene tumbuk. aku jawab 'mana ada orang nak beranak tak sakit!'....kuikuikui gila la bengang aku dengan soklan cepuemas itu.
Macam biasa aku pun daftar masuk. Dia bagi ubat berak dulu, tak cek pun bukaan aku, gila malas la nurse2 kat situ. Padahal aku rasa gila2 nak beranak. Masa berak tu aku nangis2 sebab sakit gila! rasa macam baby betul2 tolak bawah aku n aku rasa bila2 masa baby leh cicir...meraung2 aku dalam toilet, yang lagi bangang nurse bleh tinggal aku sorang2. Pastu aku pun masuk bilik nak beranak, cam biasa ada sesi soal jawab, sebab aku dah jawab benda ni tuk kali ketiga aku jadi temper la. dah la aku sakit, tanya lak soklan sama buat kali ketiga. Aku bleh dapat lebih 100% tau. Sampai aku tinggi2kan sore sebab aku gila nak beranak time tu. Zikir dari slow dah jadi kuat dah. Sampai nurse marah aku tak dok diam masa dia nak peksa degupan jantung tu. Bleh suh aku rilek lak, hey mana leh rilek sakit gile tau!
Masa tu dalam delivery tu ada 3 org doc praktikal, 3-3 indian ok! Tapi mereka sangat baik n sangat2 membantu. Hohoho sungguh satu malaysia. Hahaha mana la bleh tak layan aku ngan ok, mereka kan tengah nak pereksa, kena la buat betul. Doc betul yang monitor aku adalah doc perempuan melayu bertudung yang sedikit besar badan dan suaranya. Masa tangah sakit tu drg tanya nak gas tak...hhohohoh aku pun sedut la gas tapi aku rasa benda tu tak fungsi je macam...kikikiki. Pastu tetiba aku rasa seperti baby betul2 nak keluar sampai aku pegang lengan doc india tu n kata "Saya rasa dia dah nak keluar!!!!" Doc itu masih suh aku sabar sampai doc betul masuk n pecahkan ketuban aku....then teran2, aku tak sure berapa kali teran tak kuar lagi. Then doc potong la episotomi ek namanya? siot jek potong aku, aku tak abis teran lagi. Masa teran tu drg kata aku pandai,ajar skali jek dah pandai teran. Oh teran ni doc betul kata macam ko teran nak berak keras tau. Dan masa teran tu aku teringat Induk (makcik Papa) kata 'teran jangan lepas nafas, teran sampai putus nafas pun takpe' jadi aku pun teran seterannya sampailah keluarnya baby itu. Nampak je baby serius aku rasa tak sakit lagi! N aku terus senyum n tengok muka jek mulut aku kata 'la macam cik pai la' hahahahah lucunya rasa. Masa tu jam kat dinding bilik tu jam 3.11 ptg.
So nurse tunjuk tanya baby aku lelaki ke perempuan. aku cakap la perempuan. So dia amik n bersihkan. Oh baby tak nangis pun masa kuar, mata dia bulat pandang keliling. Hahahahah...
Masa nurse bawa yam tu aku rasa seperti di syurga. Tetiba mulut aku kata ' i should name her as Maryam Jannah'. Hohohoho ini benar ok....Memang aku nak namakan dia sebagai Maryam, tapi nama belakang tu tak sure lagi. Sebab mil pernah cadangkan Nuruljannah. Nanti aku citerkan pasal nama Maryam lak ye. Marilah tengok gambar dulu.

Oh inilah Maryam lepas balik umah. Putih kan? Hahaha ini saje jek kasi aku kembang idung, lepas salin kulit yam gelap seh...cam cine kan?


Ni pun sama. Wat2 muka cute lak.


Dan inilah muka terasa memeluk syurga aku. Aku sangat2 gembira!

1 comment:

semut-terbersin said...

camne dr tu pusingkan baby? terenye dia! slalunye kalo dah nak dekat2 due, mmg baby dah susah dah nak pusing kan?