Monday, September 3, 2012
Thursday, July 12, 2012
Imran is one!
Alhamdulillah on 9th of July 2012 he turns one! A year wiser InsyaAllah.
Wednesday, June 13, 2012
Latest update about them.
Hai anak2 mama. Sorry la dah lama x update since last entry. Ok mari kita bercerita tentang perkembangan anak2 mama sehingga ke hari ini.
Alhamdulillah Maryam akan mencecah usia 4 tahun Julai ini. Begitu juga Yusuf. Julai juga bulan kelahiran Yusuf. Sedar tak sedar Yusuf bakal mencecah angka 1 tahun. Syukur pada Allah. Kakak dan adik keduanya sihat dan membesar dengan penuh kasih sayang. Keduanya peneman setia mama.
Oh kakak doing great kat sekolah. Simple words kakak dah boleh baca di semester pertama persekolahan. Mmg berkesan teknik phonics yg cikgu2 terapkan. Rasa bangga dengan pencapaian kakak setakat ni. Berbaloi mama peruntukkan sebahagian wang utk pendidikan kakak. Cuma kita sedikit penat travelling bangsar-putrajaya.
Yusuf sudah berjalan. Memanjat juga. Sungguh memeningkan kepala semua. Sungguh lasak budaknya. Mmg begitu lelaki sekali. Oh dan dia masih fully breastfeed! Syukur2. Dia juga suka makan, seperti papanya. Hihihi. Gigi masih 2 dibawah dan sudah 4 di atas.
Emm apalagi ye? Itu saja yang ingat. Nanti mama update lagi k. Sayang anak2 mama.
Thursday, January 26, 2012
Update on Imran :)
Ok ini gambar anak mama meniarap. Seperti kakak Imran meniarap di usia 4 bulan 4 hari. Syabas anakku. Cepat aje anak mama dah 4 bulan. Alhamdulillah 1st time meniarap mama sebagai saksinya. Syukur mama berpeluang menyaksikannya. :) Nanti mama update videonya k.
Ni plak gambar anak mama berkombat, penat mama mengutip adik tau. Cuma nasib baik adik tak laju mengombat macam kakak dulu, kakak dulu laju gila, adik ni mungkin sebab adik berat, hehehehehe. Mama tak ingat dari adik boleh meniarap tu bila adik mula mengombat. Hmmm sebulan pastu la agaknya. Video terdelete la plak.
Pastu start adik 6 bulan setengah adik dah berkaki 4 begini. Pastu Goyang2 punggung. Adik belum dapat bergerak ke depan lagi. Semalam adik dah angkat2 tangan. Ok usaha lagi ok. Pasni takyah kombat lagi, merangkak aje terus.
Oh tapi pastu adik terus nak blaja duduk plak. Apa la adik ni belum merangkak nak buat task lain plak. Tapi suka hati adik la kan. Tapi progress adik memang lebih cepat dari akak. Harap adik berjalan cepat juga supaya mama penat kejar pulak. Hohohohoho...
Dan paling best masa adik 6 bulan jek mama terperasan gigi adik dah keluar!!!!!!!!! Hohohoho ini adalah 2 bulan dahulu dari kakak. Kakak dulu keluar gigi masa 8 bulan n siap demam panas. Adik selamba aje. Alhamdulillah. 2 batang gigi bawah dah muncul dah. Tapi mama risau sebenarnya sebab adik masih fully breastfeed. Mama berdoa agar adik tak gigit mama dan mama berjaya menyusukan adik sehingga 2 tahun.Tuesday, January 17, 2012
MJ @ Alif Ceria Precint 16 D Putrajaya
Ini kakak lepas seminggu kat sekolah. Ceria n seronok kat sekolah. Hari2 pun tanya sekolah ke tak even on weekend. Sabar ajelah mama. Harap2 Maryam akan terus mencintai sekolah n sekolah rajin2 ye kakak.
Oh ini BFF kakak! Zaraa namanya. Sangat comel dan lebih banyak mulut dari Maryam. Yang kagumnya beg Zaraa sama dengan Maryam! heheheheh bukan itu aje, masa birthday drg yang kedua mereka pakai dress yang sama! Sedangkan mereka baru saja berjumpa. InsyaAllah mereka akan jadi BFF dan harap mama juga dapat kawan dengan mama Zaraa forever. Seronok jumpa mama yang juga excited and commited dengan anak yang baru masuk preschool. Hahahah mengalahkan anak nak masuk U perasaan itu.
Oh ini kakak otw g school. Sebab kita travel from Bangsar to Putrajaya makanya mama kena jaga mood kakak. Hari pertama n sampai seminggu mama kasi kakak tgk cerita pilihan kakak kat youtube sepanjang perjalanan. Nasib baik la internet connection sepanjang mex highway adalah terbaeeekkkk.
Dan ini tagline Alif Ceria - Let kids be kids. Which i like! Penting ye untuk kanak2 jadi kanak. Heheheh walaupun mama kadang2 terlebih layan kakak macam remaja. Hihihihi.
Dan ini hari pertama di sekolah. Sebab kakak belum dapat uniform maka mama pakaikan kakak baju kurung saja, supaya kakak nampak cute n sedikit formal. Masa ni dah cabut tudung dah. Alhamdulillah kakak behave sangat2. Kakak tak pot pet pun, kakak senyap n tersipu2 malu aje.


















